PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100, RM50 SETIAP BULAN
Melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), penerima yang layak bakal turut menerima bantuan dalam bentuk barangan asas sebagai bantuan tambahan secara bulanan.
Bagaimanakah cara permohonan str tambahan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STR 2026 : CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
APA ITU STR TAMBAHAN?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah program bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk menampung kos sara hidup.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu program lanjutan daripada STR, sebagai bantuan tambahan secara bulanan dalam bentuk barangan asas dimana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR dan Sistem eKasih.
SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN 2026
Syarat Kelayakan Bantuan MySTR Tambahan 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih (bagi yang pendapatan bawah PGK semasa dan berdaftar eKasih).
JUMLAH BANTUAN STR TAMBAHAN 2026
Amaun kelayakan setahun pembayaran STR dan STR Tambahan (SARA) seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR STR (SETAHUN) | KADAR STR TAMBAHAN (SARA EKASIH) | KADAR STR TAMBAHAN (SARA BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|---|
| Isi rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah | 0 Anak: RM700 1 – 2 Anak: RM1,200 3 – 5 Anak: RM1,700 5 Anak ke atas: RM2,200 | RM2,400 | RM1,200 |
| Isi rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | 0 Anak: RM200 1 – 2 Anak: RM450 3 – 5 Anak: RM700 5 Anak ke atas: RM950 | – | RM1,200 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 | RM1,800 | RM600 |
| Bujang | – | RM1,200 | RM600 |
MANFAAT STR TAMBAHAN
Penerima STR Tambahan iaitu SARA akan menerima kredit bantuan secara bulanan melalui MyKad penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti Beras, Makanan Dalam Tin, Telur, Minuman, Minyak Masak, Bahan Perasa, Tepung, Produk Penjagaan Diri, Roti, Barangan Kebersihan Rumah, Biskut, Ubat-ubatan, Mi Segera dan Keperluan sekolah.
PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026
Penerima STR akan menerima SARA secara automatik. Oleh itu, individu yang belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 di sini :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh).
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
PENDAFTARAN SISTEM E-KASIH
Isi Rumah yang berpendapatan bawah PGK semasa, boleh membuat pendaftaran di Sistem eKasih untuk menerima bantuan SARA yang berdaftar eKasih.
Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]