PERMOHONAN SKAS 2025 (CARA DAFTAR BANTUAN SARAWAK)
Untuk makluman anda, bantuan tunai tambahan keperluan asas SKAS Sarawak akan diagihkan bermula tahun 2025. Bantuan ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak yang diumumkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg untuk membantu rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah dalam menghadapi masalah kewangan.
Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak, untuk rujukan anda semua.
Bagaimanakah permohonan skas 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BILA MASUK BAYARAN SARA ONE OFF (2024 BANTUAN RM300/RM150)
APA ITU BANTUAN SKAS
Inisiatif bantuan Kerajaan Sarawak iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dilaksanakan pada tahun 2025. Bantuan ini khusus untuk golongan sasar yang berpendapatan rendah bagi membantu mereka membeli bahan makanan asas untuk kelangsungan hidup.
Peruntukkan sebanyak RM450 juta akan disalurkan kepada penerima yang layak iaitu terdiri daripada warga Sarawak yang menetap di Sarawak, dimana kira-kira seramai 850,000 akan mendapat manfaat ini antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKAS 2025
Berikut adalah kelayakan untuk permohonan bantuan SKAS:
- Warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
- Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
- Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 kebawah.
- Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah.
Catatan : Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.
JUMLAH BANTUAN SKAS
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 400 |
Bujang | RM 250 |
JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN
Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak. Oleh itu anda hendaklah mengikuti portal bantuan ini dari masa ke semasa untuk mendapatkan sebarang informasi terkini.
CARA PERMOHONAN SKAS 2025 DAN SEMAKAN STATUS
Permohonan dan semakan bantuan belum dimaklumkan oleh Kerjaan Sarawak. Sebarang maklumat terkini berkenaan permohonan bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Kerajaan Sarawak ini, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://sarawak.gov.my/
- Saluran rasmi TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/
Macam mana nk update bbNtuan SKAS 2025