PERMOHONAN SARA MYKASIH RM100 (2025 REGISTER ONLINE)

PERMOHONAN SARA MYKASIH RM100 (2025 REGISTER ONLINE)

Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini. Hal ini telah dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Kelayakan penerima SARA juga kini telah diperluaskan dimana pada 2025, lebih ramai akan layak menerima bantuan ini.

Bagaimanakah pemohonan dan register sara mykasih rm100 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: PORTAL SEMAK BAYARAN SARA : CHECK DUIT MASUK BANTUAN ONE OFF RM300/RM150

PENGENALAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program dibawah MyKasih dimana ianya merupakan kerjasama Kerajaan dan MyKasih Foundation, untuk memenuhi keperluan asas individu dan keluarga yang memerlukan.
Bagi tahun 2025, penerima yang layak untuk menerima bantuan ini mestilah terdiri daripada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah), dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di sistem eKasih.

Untuk melayakkan diri anda menerima bantuan ini, pastikan anda terlebih dahulu memohon bantuan STR dan mendaftar di sistem eKasih bagi golongan miskin. Selepas pendaftaran, bantuan ini akan diterima secara automatik tanpa perlu permohonan tambahan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SARA MYKASIH 2025

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

CARA PERMOHONAN SARA MYKASIH RM100

Untuk memohon/menerima bantuan ini, anda perlulah terdiri daripada penerima bantuan STR atau pendaftar eKasih (bagi golongan Miskin/Miskin Tegar). Setelah anda lulus bantuan STR dan pendaftaran eKasih, secara automatiknya anda akan menerima bantuan SARA MyKasih ini.

PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM EKASIH

Pendaftaran dan semakan status kelulusan ekasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
  6. Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR

Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)
(PENERIMA STR 2025 )
Isi rumahRM 1200
(Sebulan RM100)
RM 900
(RM100 Sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(Sebulan RM100)
RM 450
(RM 50 Sebulan)
BujangRM 600
(Sebulan RM50)

TARIKH PENGKREDITKAN SARA MYKASIH RM100

Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Manakala penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar, bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

2 thoughts on “PERMOHONAN SARA MYKASIH RM100 (2025 REGISTER ONLINE)”

Leave a Comment