CARA MOHON MYKASIH RM100 (2025 BANTUAN SARA)
Untuk makluman anda, bantuan di bawah Program MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai sehingga RM1,200 akan mula diagihkan bermula pada Januari 2025 bagi kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih, dan April 2025 bagi golongan BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih iaitu kepada penerima bantuan STR 2025. Akan tetapi, masih ramai yang belum mengetahui berkaitan bantuan MyKasih dan cara mohon bantuan ini.
Bagaimanakah cara mohon mykasih rm100? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SARA MYKASIH RM100 2025 : PERMOHONAN, REGISTER, SEMAKAN ONLINE
PENGENALAN BANTUAN MYKASIH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA), telah disediakan oleh Kerajaan dan MyKasih Foundation untuk memenuhi keperluan asas individu dan keluarga yang memerlukan.
Bagi tahun 2025, penerima yang layak untuk menerima bantuan ini mestilah terdiri daripada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah), dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di sistem eKasih.
Untuk melayakkan diri anda menerima bantuan ini, pastikan anda terlebih dahulu memohon bantuan STR dan mendaftar di sistem eKasih bagi golongan miskin. Selepas pendaftaran, bantuan ini akan diterima secara automatik tanpa perlu permohonan tambahan.
SYARAT KELAYAKAN MOHON MYKASIH RM100
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA MOHON MYKASIH RM100
Bantuan SARA/Mykasih ini perlulah terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berstatus Miskin Tegar eKasih. Hal ini bermaksud pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.
Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (sebulan RM 100) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (sebulan RM 100) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (sebulan RM 50) | – |
TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN MYKASIH
Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat.
Manakala penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar, bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.
PENYALURAN BANTUAN MYKASIH DI MOHON
Pembayaran akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Pembayaran ini membenarkan penerima membuat pembelian tanpa tunai melalui MyKad untuk membuat pembelian seperti makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MYKASIH RM100
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]