PERMOHONAN RAYUAN KE IPG (2024 / 2025)

PERMOHONAN RAYUAN KE IPG (2024 / 2025)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
tahun 2021, 2022 dan 2023 yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru, KPM tahun 2024.

Bagaimanakah permohonan rayuan ke IPG 2024? Info lanjut di sini.

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR TERKINI

SYARAT KELAYAKAN MOHON IPG

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. LULUS SPM dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima mata
  6. pelajaran.
  7. Memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
    • Bahasa Melayu;
    • Bahasa Inggeris; dan
    • Sejarah.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian)

**RUJUK DISINI MANUAL KELAYAKAN YANG LEBIH TERPERINCI [MANUAL PERMOHONAN]

CARA MOHON IPG

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM di alamat INI mulai 14 Mac 2024.
  2. Lepasan SPM Tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan SPM pada tarikh
  3. yang ditetapkan.
  4. Lepasan STPM tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan Semester 3
  5. pada tarikh yang ditetapkan.
  6. Lepasan STAM tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan akhir pengajian
  7. pada tarikh yang ditetapkan.
  8. Lepasan Program Matrikulasi sesi pengajian 2023/2024 layak memohon dan perlu
  9. mengemaskini keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) pada tarikh yang
  10. ditetapkan.
  11. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi
  12. mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian
  13. Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan
  14. sebelum membuat permohonan.
  15. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini
  16. permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
  17. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup
  18. permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh
  19. menduduki e-UKCG.
  20. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN IPG

Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2024 adalah seperti berikut:

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN IPG 2024/2025

KEPUTUSAN FASA 1 TAWARAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) TAHUN 2024 BAGI CALON LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM).

SEMAKAN BOLEH DIBUAT MELALUI PAUTAN SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN IPG 2024/2025.

CALON BOLEH MEMBUAT SEMAKAN BERMULA JAM 5.00 PETANG DAN DIMINTA MEMBUAT PENGESAHAN PENERIMAAN ATAU MENOLAK TAWARAN SEBELUM ATAU PADA 30 JULAI 2024.

PERMOHONAN RAYUAN KE IPG

Rayuan Kemasukan ke IPG tertakluk kepada keperluan unjuran bidang yang masih ada kekosongan dan memenuri syarat-syarat berikut :-

A. PEMOHON YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT RAYUAN KE IPG

  • Pemohon yang telah menjalani saringan UKCG dan menghantar rakaman video pengajaran.

B. PEMOHON YANG TIDAK LAYAK UNTUK MEMBUAT RAYUAN KE IPG

  • Pemohon yang gagal dalam saringan UKCG dan gagal dalam penilaian video pengajaran
  • Pemohon yang tidak menjalani saringan UKCG dan tidak menghantar rakaman video pengajaran

RUJUK DISINI UNTUK MEMBUAT RAYUAN [RAYUAN KE IPG].

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6731 / 6768 / 6760

Leave a Comment