PERMOHONAN MY KASIH RM100 : BORANG ONLINE BANTUAN SARA 2025
Penyelarasan penerimaan Bantuan SARA di bawah MyKasih kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah dilakukan pada tahun 2025 bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan sekaligus dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan.
Bagaimanakah permohonan my kasih rm100? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)
SYARAT PERMOHONAN MY KASIH RM100
Pemberian Bantuan SARA terbahagi kepada dua (2) syarat kelayakan pemohon, iaitu :
- SARA eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA STR :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SARA MY KASIH 2025
Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA MyKasih yang akan disalurkan kepada rakyat mengikut kelayakan :
- Jumlah Bantuan SARA Penerima eKasih :
- Isi Rumah : RM100 & RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM100 & RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Jumlah Bantuan SARA Penerima Bukan eKasih :
- Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
- Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
PERMOHONAN MY KASIH RM100
Berdasarkan kenyataan MyKasih, tiada permohonan yang perlu dikemukakan untuk Bantuan SARA. Namun individu perlu memohon serta lulus permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah sahaja untuk menerima Bantuan SARA RM100 setiap bulan. Ikuti panduan permohonan seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
Seterusnya, ikuti panduan daftar eKasih untuk penerimaan Bantuan SARA :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
PROSES PENERIMAAN BANTUAN SARA MY KASIH
- Setelah penerima disahkan layak;
- Akaun akan dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan;
- Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan SARA melalui kad pengenalan penerima;
- Penerima boleh terus menggunakan kad pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai di mana-mana kedai dan pasaraya terpilih.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.