PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025 : REGISTER SKAS SEKARANG (RM800 & RM400 & RM250)
Primier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah membentangkan beberapa peruntukan bantuan khas untuk warga Sarawak termasuk Bantuan SKAS sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Bagaimanakah permohonan Bantuan Sarawak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 MYKAD : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut layak menerima Bantuan Sarawak SKAS:
- Warga Sarawak;
- Menetap di Negeri Sarawak;
- Pendapatan setiap kategori :
- Isi Rumah berpendapatan bawah RM5,000 sebulan;
- Warga Emas berpendapatan bawah RM5,000 sebulan; dan
- Bujang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.
JUMLAH BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Peruntukan sebanyak RM450 juta akan disalurkan kepada 850,000 ribu warga Sarawak mengikut jumlah setiap kategori seperti berikut :
- Isi Rumah : RM800;
- Warga Emas : RM400; dan
- Bujang : RM250.
*Jumlah Bantuan Sarawak adalah untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan lain-lain keperluan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Primier Sarawak telah menegaskan bahawa Bantuan Sarawak atau dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tidak akan dibayar dalam bentuk wang tunai. Namun, ianya akan dibayar melalui akaun SarawakPay sebagai langkah membantu rakyat mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Portal untuk permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) masih belum dibuka secara rasmi. Sekiranya permohonan telah dibuka pada tahun 2025, pihak kami akan mengemaskini kembali panduan berkenaan cara permohonan yang mudah serta ringkas.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SARAWAK
Status bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) hanya boleh ketahui selepas portal semakan dibuka secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sarawak sahaja dan sekiranya ia dibuka secara rasmi, pihak kami akan maklumkan kembali panduan Semakan Status secara atas talian (online).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARAWAK, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/10488/UKAS.
- Talian Bantuan : 6082441686
- Alamat Emel : [email protected]