PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 (SARA MYKASIH) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)
Penambahbaikan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat membantu lebih ramai rakyat yang terkesan dengan gelumang kos sara hidup, program ni bakal dilaksana secara berperingkat untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah untuk mengetahui layak atau tidak terima bayaran sumbangan asas rahmah 2025? Ikuti panduan semakan kelayakan di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYSTR (FASA 1) : CEK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
KADAR PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 adalah bermula dengan RM450, RM600, RM900 dan sehingga RM1,200 setahun, namun ianya adalah bergantung kepada status kelayakan setiap penerima seperti berikut :
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH | RM1,200 setahun |
WARGA EMAS | RM1,200 setahun |
BUJANG | RM600 setahun |
- Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM450 setahun |
BUJANG | – |
JUMLAH PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Dari tahun ke tahun, jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah akan bertambah setiap tahun supaya lebih ramai rakyat yang dapat menerima bantuan sewajarnya daripada kerajaan. Berikut merupakan jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah :
TAHUN PENERIMAAN | JUMLAH PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
2023 | 0.2 juta penerima |
2024 | 0.7 juta penerima |
2025 | 5.4 juta penerima |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Bagi mengetahui kelayakan anda sebagai penerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025, sila semak pada pautan rasmi di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)’ akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Sumbangan Asas Rahmah akan dibayar kepada penerima mengikut negeri penerima seperti jadual berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
SEMENANJUNG MALAYSIA | Penerima Sedia Ada : Januari hingga Disember 2025 Penerima Baharu : April hingga Disember 2025 |
SABAH DAN SARAWAK | Penerima Sedia Ada : Februari dan Ogos 2025 Penerima Baharu : April dan September 2025 |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
My kasih