PEMBAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Pemohon yang telah mengemukakan permohonan dan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga Mei lalu, akan dipilih sekiranya berkelayakan untuk menerima bayaran Fasa tiga (3) tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan status penerima bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA DALAM MYKAD : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MEDIUM PEMBAYARAN STR FASA 3
Kerajaan menyedia dua (2) jenis medium bayaran STR Fasa 3 bagi memudahkan rakyat untuk menerima bantuan seperti berikut :
JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Penerima tiada akaun bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk penerima di Sabah dan Sarawak |
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 3
Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang akan menerima jumlah bayaran STR Fasa 3 yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 | RM150 (tiada anak) RM300 (1 – 2 anak) RM500 (3 – 4 anak) RM650 (5 anak ke atas) |
Isi Rumah M40 | RM100 (tiada anak) RM200 (1 – 2 anak) RM250 (3 – 4 anak) RM300 (5 anak ke atas) |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3
Penerima STR berstatus sedia ada dan baharu akan menerima bayaran Fasa 3 pada tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Akhir Julai hingga Ogos 2025 (akan dikemaskini) |
Penerima Baharu | Akhir Julai hingga Ogos 2025 (akan dikemaskini) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima STR Fasa 3, ikuti panduan semakan status di laman sesawang rasmi berikut :
- Laman sesawang rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Layari laman sesawang rasmi STR di atas.
- Halaman utama STR akan dipaparkan.
- Klik butang [TUTUP] untuk notis makluman.
- Log masuk menggunakan akaun ‘MyDigital ID’; atau
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disedikan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semak] untuk sahkan nombor kad pengenalan.
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.