MYKASIH SARA 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

MYKASIH SARA 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Program MyKasih SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah khusus diberikan kepada 22 juta rakyat Malaysia yang layak melalui pengkreditan tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas di lebih 10,000 kedai berdaftar di Malaysia.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 2

BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026

Penerima yang layak menerima pengkredit Bantuan MyKasih SARA untuk tahun 2026 adalah setakat ini direkodkan seramai berikut :

JENIS PENGKREDITANBILANGAN PENERIMA
Pengkreditan Bulanan8.1 juta penerima
(B40 dan M40)
Pengkreditan One-Off22 juta penerima
(B40, M40 dan T20)

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SARA 2026

Untuk menerima Bantuan MyKasih SARA tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan, kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KRITERIAKELAYAKAN
PENERIMA BULANAN
KELAYAKAN
PENERIMA ONE-OFF
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Had Umur21 tahun
dan ke atas
18 tahun
dan ke atas
Kategori
Penerima
-Isi Rumah
-Warga Emas
-Bujang
-Isi Rumah
-Warga Emas
-Bujang
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500
atau
tidak lebih
RM5,000 sebulan
Tiada had pendapatan
Status STRLulusLulus
atau
Tidak lulus

JUMLAH KREDIT MYKASIH SARA 2026

Bantuan MyKasih SARA dikreditkan dengan jumlah bermula RM50 hingga RM200 secara bulanan dan one-off. Namun setiap kategori akan terima pengkreditan sebanyak berikut :

KATEGORI
PENERIMA
PENGKREDITAN
BULANAN
PENGKREDITAN
ONE-OFF
ISI RUMAHDaftar eKasih :
RM200 sebulan
/
Bukan eKasih :
RM100 sebulan
RM100
WARGA EMASDaftar eKasih :
RM150 sebulan
/
Bukan eKasih :
RM50 sebulan
RM100
BUJANGDaftar eKasih :
RM100 sebulan
/
Bukan eKasih :
RM50 sebulan
RM100

MYKASIH SARA 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Rujuk panduan lengkap cara semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih SARA secara online melalui Portal Rasmi seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasih SARAhttps://www.sara.gov.my/
  1. Pergi ke Portal Rasmi MyKasih SARA (klik pautan di atas).
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi MyKasih SARA.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Ikuti format : tanpa <jarak> dan tanpa (-).
      • Contoh : 800230112345.
  5. Tandakan pada [ ] Verify you are human.
  6. Tunggu pengesahan anda.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima Bantuan MyKasih SARA akan dipaparkan :
    • ‘Layak’ atau ‘ Nombor MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’ (tidak layak).
  9. Selesai.

TARIKH KREDIT MYKASIH SARA 2026

Penerima yang disahkan layak menerima MyKasih SARA secara bulanan dan one-off akan terima pengkreditan dalam Kad Pengenalan mengikut tarikh berikut :

PENGKREDITAN BULANANPENGKREDITAN ONE-OFF
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
9 Februari 2026

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment