MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : 2025 REGISTER/PERMOHONAN BANTUAN SARA

MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : 2025 REGISTER/PERMOHONAN BANTUAN SARA

Terkini! Kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk 2025, telah ditambahbaik dimana lebih ramai yang akan layak menerima bantuan ini, berbanding dengan tahun sebelum ini, hanya golongan Miskin Tegar eKasih sahaja yang layak menerima bantuan ini.
Penerima juga layak untuk menerima bantuan sehingga RM1,200 pada 2025, mengikut kelayakan masing-masing.

Berikut disertakan maklumat lengkap syarat/kategori kelayakan penerima bantuan ini, dan juga panduan lengkap permohonan bantuan MyKasih, untuk rujukan anda.

Bagaimanakah pemohonan dan register mykasih rm100 setiap bulan? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Untuk melayakkan diri anda menerima bantuan ini, pastikan anda terlebih dahulu memohon bantuan STR dan mendaftar di sistem eKasih bagi golongan miskin/miskin.

Bantuan akan disalurkan secara bulanan dengan kaedah tanpa tunai kedalam MyKad penerima, iaitu sebanyak RM100/RM50 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN REGISTER MYKASIH 2025

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

PERMOHONAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN

Untuk memohon/menerima bantuan ini, anda perlulah terdiri daripada penerima bantuan STR atau pendaftar eKasih (bagi golongan Miskin/Miskin Tegar). Setelah anda LULUS bantuan STR, dan LULUS pendaftaran eKasih, secara automatiknya anda akan menerima bantuan SARA MyKasih ini.

  1. Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Pendaftaran eKasih :
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx

PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM EKASIH

Pendaftaran dan semakan status kelulusan ekasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
  6. Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR

Panduan lengkap permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN

Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)
(PENERIMA STR 2025 )
Isi rumahRM 1200
(Sebulan RM100)
RM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tanpa pasanganRM 1200
(Sebulan RM100)
RM 450
(RM50 sebulan)
BujangRM 600
(Sebulan RM50)

TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN

Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Manakala penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar eKasih (penerima STR 2025), bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.

KAEDAH PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

5 thoughts on “MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : 2025 REGISTER/PERMOHONAN BANTUAN SARA”

  1. SALAM SEJAHTERA
    Adalah d harapkn penggunaan SARA(MyKasih) dapat d perluaskn utk mmbeli barangan basahan dapur yg amat d perlukn spt Ayam-ikan-Daging-bawang-kentang & sayur2an. Mkn2 dlm tin tidak banyak pilihan lagipon harganya amat tinggi.

    Reply
  2. Assalamualaikum
    Suami Sya penerima STR
    Adakah suami Sya layak trima mykasih
    Suami sekarang tidak lagi berkerja atas faktor kesihatan.(Sakit kronik .buah pinggang.dan sedang menjalani dialisis)isteri tidak berkerja.

    Reply

Leave a Comment