MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA : SEMAK SENARAI KEDAI & BARANG

MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA : SEMAK SENARAI KEDAI & BARANG

Sehingga kini, sebanyak lebih 13,000 kedai dan pasar raya telah berdaftar di bawah Program SARA MyKasih di seluruh Malaysia, untuk penerima mendapatkan lebih 140,000 barangan asas dalam 15 kategori yang diluluskan.

Bagaimanakah semak mykasih boleh guna dimana? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK SARA DALAM IC : CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2026

MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Kelayakan penerima MyKasih terdiri daripada :

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBukan Penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih

JUMLAH BAYARAN MYKASIH

Elaun bulanan MyKasih yang akan diterima oleh penerima yang layak adalah :

KATEGORI PENERIMAPENERIMA EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember))
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

LOKASI BOLEH GUNA MYKASIH

Penerima MyKasih boleh mendapatkan barangan asas di lebih 13,000 kedai berdaftar di seluruh Malaysia, termasuk :

  • Pasar raya tempatan (contoh : pasar mini);
  • Pasar raya besar (contoh: Mydin, Giant, lain-lain);
  • Kedai runcit komuniti (berhampiran kawasan perumahan);

SEMAK SENARAI LOKASI BOLEH GUNA MYKASIH

Panduan lengkap cara semak senarai lokasi boleh guna MyKasih :

  1. Layari ke Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal SARA.
  3. Tekan (Senarai Kedai Terpilih) untuk menyemak senarai kedai berdaftar di bawah Program SARA atau di pautan berikut : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
  4. ⁠Kemudian, masukkan Nama Bandar dan Pilih Negeri berhampiran tempat tinggal anda.
  5. Senarai Kedai Berdaftar bagi setiap Bandar dan Negeri akan dipaparkan.
  6. Anda boleh mula membeli di kedai tersebut sehingga tarikh akhir program 31 Disember 2026.
  7. ⁠Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH GUNA MYKASIH

Bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan di lebih 13,000 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA termasuk :

MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA
  • Beras – Jasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5;
  • Roti – Gardenia, Massimo, Mighty White;
  • Telur – CP, NutriPlus, QL Eggs;
  • Minyak Masak – Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni;
  • Tepung – Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros;
  • Biskut – Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng;
  • Mi Segera – Maggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedap;
  • Minuman – Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold;
  • Makanan Dalam Tin – Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi;
  • Bahan Perasa – Maggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza;
  • Produk Kebersihan Diri – Colgate, Dettol, Kotex;
  • Ubat-Ubatan (OTC) – Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar;
  • Barangan Persekolahan – Faber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata;
  • Barangan Kebersihan Rumah (Ditambah 2025) – Breeze, Daia, Dettol;
  • Makanan Sejuk Beku;

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

Penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang MyKasih seperti panduan berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment