MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA : SEMAK SENARAI KEDAI & BARANG

MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA : SEMAK SENARAI KEDAI & BARANG

Sehingga kini, sebanyak 7,300 kedai telah berdaftar di bawah Program MyKasih dan jumlah ini terus meningkat dari semasa ke semasa bagi memudahkan penerima di seluruh Malaysia mendapatkan barangan keperluan yang diluluskan.

Bagaimanakah semak mykasih boleh guna dimana? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA CLAIM MYKASIH : PANDUAN BELI BARANG GUNA MYKAD

MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBukan Penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA?

Penerima boleh berbelanja di lebih 7,300 kedai runcit berdaftar di seluruh Malaysia, seperti:

  • Pasar raya tempatan (contoh: pasar mini);
  • Pasar raya besar (contoh: Mydin, Giant, lain-lain);
  • Kedai runcit komuniti (berhampiran kawasan perumahan);

CARA SEMAK MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA

Premis runcit berdaftar Program SARA bagi tahun 2025 boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Senarai Kedai Terpilih) untuk menyemak senarai kedai berdaftar di bawah Program SARA atau di pautan berikut : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
  4. ⁠Kemudian, masukkan Nama Bandar dan Pilih Negeri berhampiran tempat tinggal anda.
  5. Senarai Kedai Berdaftar bagi setiap Bandar dan Negeri akan dipaparkan.
  6. Anda boleh mula membeli di kedai tersebut pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program iaitu bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
  7. ⁠Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH GUNA MYKASIH

Bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA.

MYKASIH BOLEH GUNA DIMANA

JUMLAH BAYARAN

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

CARA BELI

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Bolehkah guna MyKasih selain kedai berdaftar seperti Pasar malam?
    • Tidak boleh. Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai berdaftar.
  2. Adakah semua barang runcit boleh claim MyKasih?
    • Tidak. Hanya barangan asas terpilih yang diluluskan di bawah Program MyKasih sahaja.
  3. Bolehkah saya guna MyKasih untuk beli barang promosi?
    • Boleh, jika barang tersebut tersenarai sebagai barangan asas MyKasih.
  4. Adakah semua kedai runcit terima MyKasih?
    • Tidak. Hanya kedai yang berdaftar dalam sistem MyKasih sahaja.
  5. Bagaimanakah cara untuk mengetahui jika kedai tersebut berdaftar MyKasih?
    • Kebiasaanya, kedai akan menyediakan tanda atau logo MyKasih sebagai tanda kedai tersebut berdaftar, atau anda boleh semak senarai kedai berdaftar di portal rasmi MyKasih.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment