MYKASIH 2026 CEK : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN DI DALAM IC SETIAP BULAN (RM200 & RM100 & RM50)

MYKASIH 2026 CEK : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN DI DALAM IC SETIAP BULAN (RM200 & RM100 & RM50)

Setiap bulan individu yang berstatus lulus akan terima Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan (IC) dan ianya tidak boleh dikeluarkan secara tunai, namun boleh digunakan sebagai kad untuk bayaran tanpa tunai (cashless) di lebih 10,000 kedai yang terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah cek status MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH RM200 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM IC SETIAP BULAN JIKA PEMOHON BERSTATUS LAYAK – SEMAK SEGERA

PENGENALAN MYKASIH 2026

MyKasih adalah merupakan sebuah platform yang melaksanakan program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu rakyat daripada golongan yang memerlukan untuk memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan dan sebagainya.

MYKASIH 2026 CEK STATUS

Kepada yang ingin mengetahui status untuk tahu sama ada lulus atau tidak terima Bantuan SARA MyKasih setiap bulan, ikuti cara cek status secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang “–” (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA KREDIT MYKASIH 2026

Setelah status disahkan ‘Lulus / Layak’, penerima akan terima kredit Bantuan SARA MyKasih setiap bulan melalui cara yang sama seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA KREDIT MYKASIH
Semenanjung Malaysia
dan
Sabah, Sarawak dan Labuan
Terima kredit Bantuan SARA MyKasih
secara tanpa tunai (cashless)
setiap bulan dikreditkan dalam
Kad Pengenalan (IC) penerima
yang layak

NILAI KREDIT MYKASIH 2026

Nilai Bantuan SARA MyKasih dikreditkan mengikut kepada penerima seperti berikut :

NILAI KREDIT
(PENERIMA MISKIN TEGAR)
NILAI KREDIT
(PENERIMA BUKAN MISKIN)
Isi Rumah :
RM200 sebulan
Isi Rumah :
RM100 sebulan
Warga Emas :
RM150 sebulan
Warga Emas :
RM50 sebulan
Bujang :
RM100 sebulan
Bujang :
RM50 sebulan

JADUAL KREDIT MYKASIH 2026

Untuk tahun 2026, Kerajaan akan melaksanakan Bantuan SARA MyKasih mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH KREDIT MYKASIH
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

TEMPOH GUNA MYKASIH 2026

Namun, Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan setiap bulan mempunyai tempoh sah guna seperti berikut :

TEMPOH GUNATARIKH AKHIR GUNA
12 bulan
(Januari hingga Disember)
31 Disember 2026

CARA GUNA MYKASIH 2026

Bagi penerima yang telah menerima kredit tetapi tidak pernah menggunakannya untuk pembelian barang keperluan asas, ikuti cara guna yang mudah seperti berikut :

  1. Kunjungi premis berdaftar MyKasih yang berhampiran anda.
  2. Pilih barang keperluan yang ada label MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Pergi ke ‘Kaunter MyKasih’.
  4. Berikan Kad Pengenalan (IC) kepada juruwang untuk pengesahan.
  5. Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
  6. Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan (IC) anda.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/.

Leave a Comment