EKASIH 2026 200 SEBULAN : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA YANG STATUS LAYAK AKAN DIBAYAR DUIT BANTUAN DI DALAM MYKAD

EKASIH 2026 200 SEBULAN : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA YANG STATUS LAYAK AKAN DIBAYAR DUIT BANTUAN DI DALAM MYKAD

Bantuan sebanyak RM200 akan dikreditan secara automatik terus ke dalam MyKad penerima yang tersenarai dalam Sistem eKasih sebulan sekali khas untuk pembelian barang-barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima eKasih 200 sebulan? Rujuk panduan dan baca info lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR TAMBAHAN 2026 SEMAKAN : STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN EKASIH 200 SEBULAN

Antara yang layak menerima Bantuan RM200 sebulan dalam MyKad adalah mereka yang memenuhi syarat serta kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua isi rumah :
    • *Berpasangan / balu / bercerai (ada anak masih tanggungan);
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Berdaftar dan tersenarai dalam Sistem data eKasih sebagai miskin dan miskin tegar;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

*Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

TARIKH BANTUAN EKASIH 200 SEBULAN DIBAYAR

Bermula bulan Januari hingga Disember, Bantuan eKasih sebanyak RM200 akan dibayar ke dalam MyKad penerima yang layak pada tarikh-tarikh seperti berikut :

  • 🗓️ 09/01/2026 (Jumaat).
  • 🗓️ 01/02/2026 (Ahad).
  • 🗓️ 01/03/2026 (Ahad).
  • 🗓️ 01/04/2026 (Rabu).
  • 🗓️ 01/05/2026 (Jumaat).
  • 🗓️ 01/06/2026 (Isnin).
  • 🗓️ 01/07/2026 (Rabu).
  • 🗓️ 01/08/2026 (Sabtu).
  • 🗓️ 01/09/2026 (Selasa).
  • 🗓️ 01/10/2026 (Khamis).
  • 🗓️ 01/11/2026 (Ahad).
  • 🗓️ 01/12/2026 (Selasa).

PENGGUNAAN BANTUAN EKASIH 200 SEBULAN

Bantuan eKasih RM200 sebulan yang dibayar ke dalam MyKad tidak boleh dikeluarkan secara tunai. Sebaliknya ianya perlu digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai guna MyKad.

Antara barang keperluan yang boleh dibeli adalah termasuk :

  • Bahan masakan asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Makanan Sejuk beku :
    • Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya
  • Barang makanan ringan :
    • Roti, biskut, bijirin dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA EKASIH 2026 200 SEBULAN

Untuk tahu sama ada anda tersenarai atau tidak dalam Sistem eKasih, ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Jika anda tidak tersenarai dalam sistem eKasih, anda masih berpeluang menerima bayaran dalam MyKad. Ikuti cara semakan kelayakan yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi SARA; atau klik pada pautan di sini : https://sara.gov.my/.
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘MyKad*’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://sara.gov.my/.

Leave a Comment