MY SARA SEMAKAN 2026 : STATUS KELAYAKAN BAYARAN BULANAN
Bantuan tambahan yang diberikan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan seramai 8.1 juta rakyat Malaysia dapat menikmati bantuan ini secara bulanan untuk perbelanjaan barangan keperluan asas harian.
Bagaimanakah semakan my sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN KASIH JOHOR SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026
SYARAT KELAYAKAN MY SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MY SARA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
AMAUN BULANAN MY SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
JADUAL PENGKREDITAN DUIT MY SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan kepada penerima yang layak setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| TARIKH PENGKREDITAN | TARIKH AKHIR / LUPUT KREDIT |
|---|---|
| 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | 31/12/2026 |
CARA PENGREDITAN DUIT MY SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026