LOGIN STR FASA 4 (SEMAKAN STATUS 2025 BANTUAN)
Portal Rasmi MySTR kini dibuka untuk penerima membuat semakan status kelayakan, dan bayaran secara online bagi mengetahui status penerima sama ada layak atau tidak untuk pembayaran fasa akhir STR.
Bagaimanakah cara login portal untuk semakan str fasa 4? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BAYARAN STR ONLINE (FASA 4 2025 BANTUAN)
CARA LOGIN STR FASA 4
Berikut merupakan Portal Rasmi STR untuk semakan status kelayakan dan pembayaran Fasa 4 :
PORTAL RASMI STR 2025 | PAUTAN STR 2025 |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/ |
LOGIN & SEMAK STATUS STR FASA 4
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOGIN STR FASA 4
Sekiranya pemohon dan penerima terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
- Selesai.
JUMLAH KELAYAKAN STR MENGIKUT KATEGORI
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH RASMI PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN STR |
---|---|
Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
KAEDAH PEMBAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KEADAH PEMBAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan?
- Pembayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan bermula 18 Oktober 2025.
- Bagaimanakah jika terlupa kata laluan akaun Portal MySTR?
- Anda boleh reset, dan masukkan kata laluan sementara yang dihantar melalui e-mel, dan cipta kata laluan baharu secara online di Portal MySTR.
- Adakah semua penerima STR Fasa 3 layak menerima STR Fasa 4?
- Ya. Penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan, akan menerima bayaran Fasa 4 secara automatik.
- Apakah laman Rasmi untuk login STR 2025 terbaru?
- Penerima boleh log masuk di Portal Rasmi STR 2025 dengan pautan terbaru di https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Bolehkan semak STR menggunakan telefon pintar?
- Ya. Anda boleh semak STR menggunakan telefon pintar yang boleh mengakses internet.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]