LOGIN SARA 2026 ONLINE CHECK : CEK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH DI DALAM IC PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
Duit Bantuan SARA / Sumbangan Asas Rahmah akan dibayar secara tanpa tunai ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima yang layak dan setelah bantuan diterima, penerima perlu membuat pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya yang terpilih berdekatan.
Bagaimanakah cara login SARA untuk check status secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR FASA 1 2026 TARIKH BAYAR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL
TARIKH PELAKSANAAN SARA 2026
Kerajaan akan mula melaksanakan bayaran Bantuan SARA yang pertama pada tahun 2026 kepada seramai 8.1 juta penerima bermula pada tarikh :
- Bermula 9 Januari 2026, Jumaat – Penerima Isi Rumah & Warga Emas.
- Bermula 16 Januari 2026, Jumaat – Penerima Bujang.
PAUTAN LOGIN SARA 2026 CHECK STATUS
Berikut merupakan pautan rasmi Portal MyKasih yang boleh diakses untuk check status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA bagi tahun 2026 :
👉 Pautan Check Status SARA – https://mykasih.com.my/.
CARA LOGIN SARA 2026 ONLINE UNTUK CHECK STATUS
Ikuti cara check status kelayakan penerima SARA secara online mengiku panduan seperti di bawah :
- Sila pergi ke pautan SARA yang tertera di atas 👆.
- Anda akan dibawa ke laman utama.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah dan klik [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor IC tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 850230085678.
- Tunggu pengesahan [Verification].
- Terus klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
*Peringatan : Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan bermula pada 8 Januari 2026.
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Setelah disahkan layak, Bantuan SARA akan dikreditkan dalam IC setiap penerima dengan jumlah yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerima Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah Daftar eKasih | RM200 sebulan x 12 bulan = RM2,400 setahun |
| Isi Rumah Bukan eKasih | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
- Penerima Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN SARA |
|---|---|
| Warga Emas Daftar eKasih | RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800 setahun |
| Warga Emas Bukan eKasih | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
- Penerima Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN SARA |
|---|---|
| Bujang Daftar eKasih | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Bujang Bukan eKasih | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
RUJUKAN LANJUT SARA
Isi kandungan dalam artikel ini kami rujuk daripada sumber sahih iaitu melalui Portal Rasmi MyKasih. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA, anda boleh merujuk pihak berwajib melalui :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
Sara 2026
Status sara