LOGIN MYKASIH (ONLINE 2025 SEMAKAN)
Peruntukan daripada kerajaan untuk diagihkan kepada rakyat Malaysia melalui program MyKasih akan ditambah pada tahun 2025 bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup lebih ramai rakyat yang memerlukan.
Bagaimanakah login mykasih 2024 untuk semakan secara online? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH (BANTUAN SARA CHECK ONLINE)
KADAR AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih akan diagihkan pada tahun 2025 dengan kadar yang ditetapkan kepada setiap penerima seperti berikut :
- Penerima berstatus Miskin / Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM1,200;
- Warga Emas : RM1,200;
- Bujang : RM600.
- Penerima berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM900;
- Warga Emas : RM450;
- Bujang : RM0.
JADUAL AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Agihan Bantuan MyKasih pada tahun 2025 adalah mengikut jadual seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH |
---|---|
Miskin & Miskin Tegar | Bermula Januari hingga Disember 2025 |
Asas Bukan Miskin | Bermula April hingga Disember 2025 |
CARA AGIHAN BANTUAN MYKASIH
Lazimnya Bantuan MyKasih akan diagihkan kepada penerima melalui dua (2) cara, iaitu :
- Diagihkan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima; atau
- Diagihkan secara tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.
LOGIN MYKASIH
Terdapat dua (2) pautan Portal Rasmi untuk semakan yang boleh di login (log masuk), iaitu :
- Panduan Login Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Login Portal Rasmi STR :
- Sila layari pautan Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Klik [Ya] sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Buat pertama kali saya mahu mohon bantuan SARA 2025
bersendirian
Saya nk log in Mekasih(memohon)
Kenapa satus xdk dlm rekod saya akli ekasih
Kenapa kta saya bkn mtegariskin tegar dlm rekod miskin
saya nk kemaskini ekasih,dulu atas nama bekas suami…skrang kami dah tiada hubungan dah brpisah,sya x layak sbab ada nama bekas suami