LHDN SEMAKAN STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN (RM500 & RM300 & RM150)

LHDN SEMAKAN STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN (RM500 & RM300 & RM150)

Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) telah mengeluarkan kenyataan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan bermula pada 22 Januari 2025, Rabu (hari ini) dan berperingkat mengikut kelayakan 8.3 juta penerima isi rumah, warga emas dan bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 billion.

Bagaimanakah semakan status str fasa 1 layak atau tidak terima bayaran? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JADUAL BAYARAN STR : BILAKAH TARIKH MASUK FASA 1

PORTAL RASMI LHDN SEMAKAN STR FASA 1 2025

Berikut merupakan Portal Rasmi LHDN STR 2025 untuk semakan status fasa 1 :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi LHDN STR 2025https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2025

Ikuti panduan semakan status STR Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi LHDN STR 2025 di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025

Kementerian Kewangan (MOF) telah menyatakan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seperti berikut :

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
22 Januari 2025, Rabu sehingga 28 Januari 2025, Selasa

JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR FASA 1 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
(B40)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM500
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
(M40)
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

CARA BAYARAN STR FASA 1 2025

Terdapat dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, iaitu :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

21 thoughts on “LHDN SEMAKAN STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN (RM500 & RM300 & RM150)”

  1. Assalammualaikum saya b40 nk cakap yg saya dpt rm150 sahaja..ada dua org anak, isteri tidak kerja Dan gaji bulan bawah rm2500

    Reply
  2. Salam,saya b40 tanggungan, isteri dan dua org anak,pendapatan bulanan bawah rm2500,kenapa cuma dapat rm150 sja,tolong semak,trima kasih..

    Reply
  3. Saya terlupa password mcam mana NK buat …dan kenapa Saya Anak 2 DPT 250 shja …Bukan ke 500…boleh tolong check X…

    Reply

Leave a Comment