LHDN SEMAKAN STR 2026 : FASA 2

LHDN SEMAKAN STR 2026 : FASA 2

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang diselaraskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menjadi antara inisiatif bantuan tunai utama kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Bagi pembayaran STR Fasa 2 2026, ramai pemohon kini mula membuat semakan bagi mengetahui status kelulusan, kategori penerima serta jumlah bantuan yang bakal diterima. Proses semakan ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi MySTR yang disediakan oleh LHDN.

Melalui sistem semakan yang disediakan, pemohon boleh mengetahui sama ada permohonan mereka berstatus lulus, dalam proses atau tidak lulus selepas melalui proses verifikasi data yang dijalankan oleh agensi berkaitan. Semakan ini juga penting bagi memastikan maklumat peribadi dan perbankan yang didaftarkan adalah tepat supaya pembayaran bantuan dapat disalurkan tanpa sebarang masalah.

Bagaimanakah cara membuat LHDN semakan STR 2026 Fasa 2? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.

Baca juga: BANTUAN WARGA EMAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN

TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 2

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Fasa 2 akan dilaksanakan mengikut tarikh bayaran yang telah ditetapkan seperti berikut :

PERINGKATTARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2
Belum Diumumkan

SYARAT KELAYAKAN LHDN STR 2026

Syarat kelayakan bagi menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin (Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak;

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak;

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 2

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Fasa 2 adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (Berkahwin Ada dan Tiada Anak / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 2
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : Belum Diumumkan
Anak 1 hingga 2 : –
Anak 3 hingga 4 : –
Anak 5 dan Ke atas : –
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : –
Anak 1 hingga 2 : –
Anak 3 hingga 4 : –
Anak 5 dan Ke atas : –
  • Kategori Bujang (Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR FASA 2
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
Bujang
(Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun)
Bantuan digantikan dengan Bantuan SARA:
RM50 sebulan

JADUAL WAKTU PEMBAYARAN STR 2026 FASA 2

Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Fasa 2 ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :

JENIS BANKJADUAL WAKTU PEMBAYARAN
Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6:00 petang
Bank IslamSelepas 8:00 malam
Affin BankSelepas 8:00 malam
AmbankSelepas 8:00 malam
MaybankSelepas 9:00 malam
Cimb BankSelepas 9:00 malam
RHB BankSelepas 9:00 malam
Bank MuamalatSelepas 10:00 malam
Lain-lain bankSelepas 10:00 malam

Waktu kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

*Nota: Jadual waktu pembayaran ini hanyalah jangkaan sahaja, ini kerana pengumuman rasmi belum diterbitkan. Oleh itu, sekiranya terdapat perkembangan terkini, pihak kami akan memastikan untuk mengemas kini jadual tersebut mengikut sumber yang dipercayai.

CARA DUIT STR 2026 DIBAYAR

Duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan dibayar kepada penerima yang layak melalui cara seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA DUIT STR 2026 DIBAYAR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

LHDN SEMAKAN STR 2026

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 2 boleh dibuat semakan secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

1 thought on “LHDN SEMAKAN STR 2026 : FASA 2”

Leave a Comment