KEMASKINI STR 2026 : CARA KEMAS KINI MAKLUMAT TAMBAHAN ATAU PERUBAHAN MAKLUMAT

KEMASKINI STR 2026 : CARA KEMAS KINI MAKLUMAT TAMBAHAN ATAU PERUBAHAN MAKLUMAT

Kemas kini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 amat penting bagi melancarkan proses permohonan dan pelaksanaan pembayaran bantuan kepada penerima yang layak terutama jika pemohon mempunyai perubahan maklumat terkini.

Bagaimanakah cara kemaskini STR 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: LOGIN MYSTR : SEMAKAN STATUS & KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN TUNAI STR 2026

SIAPA PERLU KEMASKINI STR?

Pengemaskinian maklumat asas STR 2026 perlu dilakukan sekiranya mempunyai PERUBAHAN atau PENAMBAHAN Maklumat Asas Terkini seperti:

  • Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
  • Pekerjaan;
  • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Jika Berkahwin);
  • Status Perkahwinan;
  • Maklumat Alamat Surat Menyurat;
  • Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif
  • Alamat e-Mel;
  • Maklumat Pasangan;
  • Maklumat Anak;
  • Maklumat Waris;
  • Belum kemaskini permohonan selama tiga (3) tahun berturut-turut.

KEMASKINI STR 2026

Panduan lengkap kemaskini maklumat STR 2026 seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal mySTR akan dipaparkan.
  3. Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
  5. Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  7. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  8. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  9. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • ⁠Status Perkahwinan.
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
  11. Kemasikini Maklumat Waris.
  12. Muat naik dokumen Sokongan.
  13. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  14. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  15. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  16. Selesai.

DAFTAR AKAUN BAHARU

Panduan lengkap Register akaun baharu untuk penerima sedia ada dan penerima baharu untuk kemaskini permohonan adalah seperti berikut :

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

AMAUN KELAYAKAN STR

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah
Bilangan AnakKadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
Tiada AnakRM700RM1,200RM1,900
Anak 1 hingga 2RM1,200RM1,200RM2,400
Anak 3 hingga 4RM1,700RM1,200RM2,900
Anak 5 ke atasRM2,200RM1,200RM3,400
  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Bilangan AnakKadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
Tiada AnakRM200RM1,200RM1,400
Anak 1 hingga 2RM450RM1,200RM1,650
Anak 3 hingga 4RM700RM1,200RM1,900
Anak 5 ke atasRM950RM1,200RM2,150
  • Warga Emas Tiada Pasangan
Kadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
RM600RM600RM1,200
  • Bujang
Kadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Total Keseluruhan
(STR + SARA)
RM600RM600

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan STR 2026:

  1. Bolehkah kemas kini STR 2026 selepas fasa pembayaran dilaksanakan?
    • Boleh. TETAPI penerima dinasihatkan untuk membuat kemas kini sebelum pembayaran dilaksanakan bagi mengelakkan pembayaran terganggu seperti status ‘tidak layak’.
  2. Bagaimanakah cara kemas kini STR 2026?
    • Anda boleh membuat kemas kini maklumat secara online di Portal Rasmi Bantuan (Portal MySTR).
  3. Apa perlu dilakukan jika kemas kini tidak berjaya?
    • Semak sebab penolakan, dan lengkapkan maklumat dan dokumen yang diperlukan dengan sahih.
  4. Berapa lama tempoh semakan kemas kini?
    • Tempoh kemas kini bergantung kepada pihak pemprosesan maklumat.
  5. Adakah perubahan maklumat boleh menyebabkan status STR tidak berjaya?
    • Kebiasaanya, jika anda mempunyai perubahan maklumat seperti nombor akaun bank, boleh menyebabkan proses pembayaran STR terganggu. Anda perlu kemas kini maklumat terkini untuk melancarkan proses permohonan dan pembayaran STR.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment