KEMASKINI BANTUAN RAHMAH : PASTIKAN ANDA KEMAS KINI MAKLUMAT TERKINI SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA STR 2026
Pastikan maklumat permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terkini dapat diproses dah disahkan supaya nama sebagai penerima yang layak tidak tercicir dan mendapat bantuan yang selayaknya untuk tahun 2026.
Bagaimanakah cara kemaskini Bantuan Rahmah STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK TAWARAN HAJI (2026) : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PERGI MENUNAIKAN HAJI
TARIKH KEMASKINI BANTUAN RAHMAH
Portal MySTR telah dibuka untuk semua pemohon membuat pengemaskinian maklumat permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi penerimaan bayaran Fasa pertama (1) mengikut tarikh seperti berikut :
| TARIKH KEMASKINI DIBUKA | TARIKH KEMASKINI DITUTUP |
|---|---|
| 13 Oktober 2025 | 28 November 2025 |
SEBAB KENA KEMASKINI MAKLUMAT
Oleh kerana Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan lagi pada tahun hadapan (2026), semua pemohon sedia ada disarankan untuk mengemas kini maklumat permohonan. Antara sebab-sebab kena kemaskini maklumat adalah :
- Supaya nama tidak tercicir sebagai penerima yang layak.
- Supaya penerima dapat menerima jumlah Bantuan Rahmah selayaknya.
- Untuk memastikan maklumat permohonan masih sama.
- Untuk memastikan pemohon aktif menerima Bantuan Rahmah.
SENARAI MAKLUMAT BANTUAN KENA KEMASKINI
Bukan semua maklumat Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kena kemaskini, dan tentunya hanya beberapa maklumat sahaja yang pemohon kena kemaskini mengikut perubahan yang terdapat dalam permohonan. Antaranya ialah :
- Maklumat Pemohon :
- Alamat tempat tinggal terkini.
- Maklumat pekerjaan.
- Kadar pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
- Nombor telefon aktif / alamat e-mel aktif.
- Status perkahwinan (bujang / berkahwin / bercerai / balu).
- Maklumat Pendapatan :
- Kiraan pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
- Status pekerjaan : hilang pekerjaan / dapat kerja baharu / perniagaan sendiri / kerja sambilan).
- Maklumat Pasangan (Jika Ada) :
- Nama & Nombor Kad Pengenalan.
- Status pekerjaan / pendapatan pasangan.
- Akaun bank pasangan (jika ingin digunakan untuk pembayaran STR).
- Status semasa (contoh : pasangan meninggal dunai / bercerai).
- Maklumat Tanggungan :
- Ada anak baru lahir / anak angkat baharu.
- Anak kini melepasi umur kelayakan (21 tahun ke atas dan tidak belajar).
- Anak meninggal dunia.
- Anak tamat pengajian atau tidak lagi belajar sepenuh masa.
- Maklumat Akaun Bank :
- Tukar maklumat nombor akaun bank yang baharu (jika ada).
- Pastikan nombor akaun masih aktif dan atas nama pemohon sendiri / pasangan.
- Elakkan akaun bersama atau akaun syarikat.
- Maklumat Waris :
- Kemaskini maklumat waris yang terkini (jika berlaku pertukaran waris baharu).
CARA KEMASKINI BANTUAN RAHMAH 2026
Sebelum membuat kemaskini maklumat permohonan, semua pemohon sedia ada perlu mendaftar akaun baharu di Portal MySTR walaupun telah mempunyai akaun sedia ada. Setelah itu barulah boleh kemaskini maklumat permohonan dengan mudah seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Portal MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SOALAN LAZIM BANTUAN RAHMAH
- Adakah pemohon baharu juga perlu kemaskini maklumat permohonan?
- Pemohon baharu yang tiada perubahan maklumat permohonan tidak perlu kemaskini maklumat.
- Bagaimanakah jika pemohon tidak kemaskini maklumat permohonan?
- Nama sebagai penerima mungkin tercicir atau tidak mendapat kadar bantuan yang selayaknya mengikut kelayakan semasa.
- Bolehkah pemohon tidak kemaskini permohonan lebih dari 3 tahun?
- Pemohon yang tidak pernah kemaskini maklumat permohonan selama 3 tahun, disarankan untuk kemaskini maklumat permohonan segera.
- Pemohon mempunyai tanggungan baharu, adakah perlu kemaskini maklumat permohonan STR?
- Ya, pemohon perlu kemaskini dan menambah maklumat tanggungan baharu kerana jumlah Bantuan STR dibayar berdasarkan bilangan tanggungan.
- Dimanakah boleh kemaskini maklumat permohonan STR?
- Semua pemohon hanya boleh membuat kemaskini maklumat permohonan STR di Portal MySTR 2026 https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya merujuk maklumat daripada sumber yang sahih iaitu melalui Portal MySTR dan kami kongsikan dalam artikel ini untuk memudahkan carian orang ramai berkaitan ‘Kemaskini Bantuan Rahmah STR’. Untuk rujukan yang lebih lanjut, sila ke Portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau hubungi talian :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566