KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Penyaluran bantuan tanpa tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad kini diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, membolehkan penerima menikmati kemudahan pembelian barangan keperluan asas secara mudah menggunakan MyKad.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan mykad mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK STATUS BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
JUMLAH KELAYAKAN KREDIT BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan dalam MyKad seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah (RM2,100 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan (RM1,650 Setahun) | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang (RM600 Setahun) | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah (RM900 Setahun) | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan (RM450 Setahun) | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MYKASIH
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
MANFAAT KREDIT BANTUAN MYKAD MYKASIH
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 adalah untuk penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad (IC).

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS GUNA KREDIT MYKASIH
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
ca3nnr