SEMAK BANTUAN SYUKUR : BAYARAN SETIAP FASA 2026
Kini bayaran Bantuan SYUKUR melibatkan peruntukan sehingga RM339.16 juta yang dapat memanfaatkan seramai lebih 140,000 ribu penerima yang merupakan ketua isi rumah dan juga ahli isi rumah yang layak.
Bagaimanakah semak bayaran Bantuan SYUKUR Setiap fasa? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN MYKASIH FASA JUN 2026
PENGENALAN BANTUAN SYUKUR
Bantuan SYUKUR secara rasminya ‘Sentuhan Kasih Rakyat’ diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah khas untuk membantu rakyat Sabah khususnya golongan yang memerlukan bantuan kewangan kerana bayaran Bantua SYUKUR disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun 2026.
JUMLAH BANTUAN SYUKUR
Setiap individu akan menerima Bantuan SYUKUR dengan jumlah yang sama seperti berikut :
- Fasa 1 :
- Januari : RM200
- Februari : RM200
- Mac : RM200
- Fasa 2 :
- April : RM200
- Mei : RM200
- Jun : RM200
- Fasa 3 :
- Julai : RM200
- Ogos : RM200
- September : RM200
- Fasa 4 :
- Oktober : RM200
- November : RM200
- Disember : RM200
JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SYUKUR untuk setiap fasa 2026 :
| PERINGKAT FASA | TEMPOH | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Mac | 11 Mac 2026 |
| Fasa 2 | April – Jun | 21 Mei 2026 |
| Fasa 3 | Julai – September | September 2026 |
| Fasa 4 | Oktober – Disember | November 2026 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SYUKUR
Untuk memudahkan rakyat menerima bayaran Bantuan SYUKUR, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan dua (2) jenis kaedah bayaran seperti berikut :
- Bayaran secara pengkreditan :
- Bagi penerima yang mempunyai akaun bank akan terus terima pengkreditan dalam akaun masing-masing.
- Bayaran secara tunai :
- Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan terima bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat pemberian yang bersesuaian.
SEMAK BANTUAN SYUKUR
Individu yang telah kemukakan permohonan Bantuan SYUKUR, boleh buat semakan status kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran setiap fasa. Ikuti cara semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi PADANS : https://padans.sabah.gov.my/.
- Portal Rasmi PADANS akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak] di sebelah kiri skrin.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan anda / pemohon.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 800330123456.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SYUKUR : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.