KADAR BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK SEGERA JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG DIKREDIT MASUK KEPADA PEMOHON YANG LULUS FASA 1

KADAR BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK SEGERA JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG DIKREDIT MASUK KEPADA PEMOHON YANG LULUS FASA 1

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan memasuki sesi 2026 dan pembayaran akan dilaksanakan secara empat (4) fasa dengan kadar yang diberikan mengikut kelayakan penerima.

Berapakah kadar bantuan str dibayar 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU GAGAL UNTUK TERIMA PEMBAYARAN FASA 1

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan)
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KADAR BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada Anak (0) : RM700
1 – 2 Anak : RM1,200
3 – 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak (0) : RM200
1 – 2 Anak : RM450
3 – 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM600
BujangBayaran akan diganti dengan Bantuan SARA

Jumlah bantuan di atas merupakan kadar kelayakan maksimum yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2026. Amaun pembayaran untuk FASA 1 BELUM DIUMUMKAN dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KADAR TAMBAHAN BANTUAN STR 2026

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima Bantuan Tambahan secara bulanan yang dilaksanakan di bawah Program SARA, dengan amaun yang diberikan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASTR
PENERIMA EKASIH
PENRIMA STR
BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)

Bantuan tambahan STR melalui Program SARA akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan asas.

TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment