JUMLAH DUIT STR FASA 1 DIBAYAR 2026 : PENERIMA YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN AKAN DIBAYAR KE AKAUN MENGIKUT KATEGORI YANG DITETAPKAN (CEK JUMLAH BANTUAN)

JUMLAH DUIT STR FASA 1 DIBAYAR 2026 : PENERIMA YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN AKAN DIBAYAR KE AKAUN MENGIKUT KATEGORI YANG DITETAPKAN (CEK JUMLAH BANTUAN)

Hampir kesemua 5 juta penerima yang lepas syarat kelayakan dan disahkan layak telahpun menerima duit bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang dibayar ke akaun bank dan tunai di kaunter bank setiap kategori penerima termasuk penerima di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanakah cara cek jumlah duit STR Fasa 1 dibayar? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SKAS SARAWAK 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BILANGAN PENERIMA DUIT STR FASA 1 2026

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 melibatkan duit impliasi sehingga RM1.1 billion dibayar kepada seramai 5 juta penerima merangkumi :

KATEGORI
PENERIMA
BILANGANJUMLAH
IMPLIKASI
Isi Rumah B402.7 juta penerimaRM0.8 billion
Isi Rumah M401.0 juta penerimaRM0.1 billion
Warga Emas1.3 juta penerimaRM0.2 billion
Bujang3.1 juta penerima

JUMLAH DUIT STR FASA 1 DIBAYAR 2026

Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar untuk Fasa 1 adalah dengan jumlah bermula RM100 (minimum) sehingga RM500 (maksimum) mengikut kategori dan kelayakan penerima :

DIBAYAR UNTUK
ISI RUMAH B40
DIBAYAR UNTUK
ISI RUMAH M40
DIBAYAR UNTUK
WARGA EMAS
DIBAYAR UNTUK
BUJANG
RM200
RM300
RM400
RM500
(Ikut bilangan
anak)
RM100
RM150
RM200
(Ikut bilangan
anak)
RM150
(individu)
Hanya menerima
bayaran
SARA
*Isi rumah B40, M40 dan warga emas juga layak terima bayaran SARA.

CARA DUIT STR FASA 1 DIBAYAR 2026

Penerima yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan terima duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 melalui cara-cara berikut :

JENIS PENERIMACARA DUIT STR DIBAYAR
Penerima mempunyai
akaun bank
Penerima perlu menunggu duit STR
dibayar melalui akaun bank secara
berperingkat (sistem IBG Credit)
Penerima tiada akaun bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Penerima perlu menuntut duit STR
pada kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) terdekat

TARIKH DUIT STR FASA 1 DIBAYAR 2026

Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dibayar secara berperingkat selama tiga (3) hingga tujuh (7) hari dari tarikh berikut :

CARA PENERIMAANTARIKH DUIT STR DIBAYAR
IBG Credit dalam akaun bank
penerima
Bermula :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat
Tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN)
20 Januari 2026 (Selasa)
dan bila-bila masa
waktu operasi

CEK KELAYAKAN PENERIMA DUIT STR FASA 1 2026

Pemohon sedia ada dan pemohon baru boleh cek kelayakan sebagai penerima duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 melalui Portal Rasmi seperti di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
STR 2026https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Klik pada pautan Portal Rasmi STR 2026 di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Portal Rasmi STR.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT STR

Sekiranya anda ingin mengetahui info lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment