JUMLAH DUIT STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

JUMLAH DUIT STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

Duit peruntukan sebanyak RM15 billion diperoleh daripada hasil penjimatan penyasaran semula subsidi oleh Kerajaan yang bakal disalurkan kepada 9 juta rakyat Malaysia yang layak melalui Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dengan jumlah bermula RM200 hingga RM2,200.

Bagaimanakah cara semak jumlah duit STR dibayar untuk tahun 2026? Semak info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 2026 SEMAKAN KELAYAKAN : MYKASIH (RM100 & RM200 SETIAP BULAN DAPAT)

JUMLAH DUIT STR DIBAYAR 2026

Kadar pendapatan dan bilangan tanggungan (anak) setiap penerima diambil kira untuk menentukan jumlah duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang akan dibayar untuk tahun 2026 supaya semua penerima dapat menerima bantuan sepadan dengan kelayakan.

Berikut merupakan jumlah Bantuan STR dibayar untuk tahun 2026 :

👩‍❤️‍👨 Isi Rumah Berkahwin (ada / tiada anak) / Isi Rumah Tunggal (ada anak) :

BILANGAN
TANGGUNGAN
ISI RUMAH
PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
ISI RUMAH
PENDAPATAN
RM2,501-RM5,000
TiadaRM700RM200
1 / 2 orangRM1,200RM450
3 / 4 orangRM1,700RM700
5 orang ke atasRM2,200RM950

🧍 Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak / tiada tanggungan) :

BILANGAN
TANGGUNGAN
BUJANG UMUR
21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG UMUR
60 TAHUN & KE ATAS
TiadaTiada
(diganti SARA)
RM600

SISTEM DUIT STR DIBAYAR 2026

Duit Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) tidak akan dibayar sekaligus. Namun, akan dibayar secara berperingkat dari Fasa satu (1) hingga Fasa empat (4) dan bayaran adalah melalui dua (2) sistem untuk memudahkan capaian penerima.

Berikut merupakan sistem bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :

🏦 Dibayar secara tunai melalui ‘Kaunter Bank’ :

  • Hanya penerima yang tidak mempunyai akaun bank personal yang aktif serta tidak memasukkan maklumat akaun bank dengan lengkap dalam permohonan sahaja akan terima bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

📱 Dibayar secara pengkreditan tunai melalui ‘Akaun Bank’ :

  • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank personal dan memerukkan maklumat akaun bank dengan lengkap dalam permohonan akan terima bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank tersebut.

TARIKH DUIT STR DIBAYAR 2026

Pada musim perayaan-perayaan besar pastinya memerlukan banyak berbelanja untuk persiapaan. Oleh itu, biasanya Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dibayar sebelum hari perayaan bagi membantu penerima membuat persiapan perayaan-perayaan tertentu.

Berikut hanyalah tarikh anggaran Bantuan STR yang dibayar untuk tahun 2026 :

⛩️ Fasa 1 : Februari 2026 / Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina.

✨ Fasa 2 : Mac – April 2026 / Sebelum atau selepas Perayaan Aidilfitri.

🇲🇾 Fasa 3 : Ogos 2026 / Sebelum Hari Kebangsaan Ke-69.

🪔 Fasa 4 : November 2026 / Sebelum Perayaan Deepavali.

*Namun, tarikh bayaran akan dimaklumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

SEMAK STATUS BAYARAN STR 2026

Untuk memastikan sama ada permohonan Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) telah diterima atau masih dalam diproses atau telah disahkan layak, semakan status boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR sahaja.

Ikuti cara semak status kelayakan STR 2026 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR Rasmi : [email protected]

Leave a Comment