JUMLAH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : CHECK JUMLAH BAYARAN BAKAL DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LULUS FASA 1

JUMLAH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : CHECK JUMLAH BAYARAN BAKAL DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LULUS FASA 1

Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan setiap penerima supaya setiap penerima dapat menerima bayaran selayaknya dan sepadan dengan kelayakan dan bilangan anak.

Bagaimanakah cara check jumlah duit Bantuan STR yang akan dibayar 2026? Rujuk penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 2026 SEMAKAN STATUS : MYKASIH (RM200 & RM100 SETIAP BULAN)

JUMLAH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Berikut merupakan jumlah duit Bantuan STR yang akan dibayar pada tahun 2026 :

  • Kategori Isi Rumah Berkahwin / Ibu bapa tunggal :
BILANGAN
ANAK
ISI RUMAH B40
(PENDAPATAN
BAWAH RM2,500)
ISI RUMAH M40
(PENDAPATAN
RM2,501-RM5,000)
TiadaRM700.00RM200.00
1 – 2 orangRM1,200.00RM450.00
3 – 4 orangRM1,700.00RM700.00
5 orang ke atasRM2,200.00RM950.00
  • Kategori Bujang / Balu / Duda / Janda :
BILANGAN
ANAK
BUJANG
(UMUR 60 TAHUN
KE ATAS)
BUJANG
(UMUR 21 TAHUN
– 59 TAHUN)
Tiada /
Tiada Yang Tepati Syarat
RM600.00Tiada
(Ganti SARA)

TARIKH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Duit Bantuan STR akan dibayar pada tahun 2026 mengikut fasa-fasa berikut :

  • Fasa 1 – Dijangka dibayar pada Februari 2026 sebelum Tahun Baru Cina (Tarikh bayaran akan dikemaskini).
  • Fasa 2 – Dijangka dibayar pada Mac / April 2026 sebelum atau selepas Hari Raya Aidilfitri (Tarikh bayaran akan dikemaskini).
  • Fasa 3 – Dijangka dibayar pada Ogos 2026 sebelum Sambutan Hari Kebangsaan (Tarikh bayaran akan dikemaskini).
  • Fasa 4 – Dijangka dibayar pada November 2026 sebelum Perayaan Deepavali (Tarikh bayaran akan dikemaskini).

KAEDAH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Terdapat dua (2) kaedah Bantuan STR dibayar kepada penerima untuk tahun 2026 :

JENIS PENERIMAKAEDAH BANTUAN STR
DIBAYAR
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan dalam akaun bank penerima
/ akaun bank pasangan melalui
sistem ‘Online Banking’
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Penerima Pedalaman
Sabah & Sarawak
Dibayar secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) atau
di pusat-pusat yang bersesuaian

CHECK JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR BAKAL DITERIMA 2026

Ikuti cara check jumlah bayaran Bantuan STR mengikut kelayakan anda seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini:https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
  13. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
  14. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR

Maklumat-maklumat Bantuan STR di atas adalah kami perolehi daripada Portal Rasmi MySTR. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan bayaran Bantuan STR, sila rujuk di Portal Rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau hubungi talian rasmi berikut :

  • Talian Rasmi STR HASiL : 1800 88 2747.
  • Talian Rasmi STR MOF : 03 8882 4565 / 03

Leave a Comment