JUMLAH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026 : CHECK KADAR BAYARAN YANG DIBERI KEPADA PENERIMA YANG LULUS FASA 1

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026 : CHECK KADAR BAYARAN YANG DIBERI KEPADA PENERIMA YANG LULUS FASA 1

Bagi memastikan rakyat mendapat Bantuan Tunai STR seadilnya, Kerajaan akan memberikan bayaran berdasarkan kategori, kadar pendapatan (B40 atau M40) dan bilangan tanggungan anak yang ditanggung oleh penerima.

Bagaimanakah semakan jumlah Bantuan Tunai STR yang akan dibayar 2026? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK BAKI SARA 2025 ONLINE : BELI GUNA MYKASIH ANDA SEBELUM TARIKH AKHIR

INISIATIF BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026

Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Tunai STR sebagai bantuan kewangan untuk membantu rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup dari semasa ke semasa.

Bantuan Tunai STR bakal dibayar secara berperingkat melalui akaun bank penerima bagi yang mempunyai akaun bank. Manakala penerima yang tiada akaun bank perlu mengambil wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026

Berikut merupakan jumlah Bantuan Tunai STR yang akan dibayar untuk Fasa 1 2026 :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN STR 2026BAYARAN FASA 1
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
0 anak : RM150
1-2 anak : RM300
3-4 anak : RM450
>5 anak : RM500
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
0 anak : RM50
1-2 anak : RM100
3-4 anak : RM150
>5 anak : RM250
Warga EmasRM600RM150
Bujang
*Nota : Jumlah bayaran untuk Fasa 1 akan dikemaskini kembali.

TARIKH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR 2026

Bantuan Tunai STR akan dibayar berperingkat dari Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 hingga ke Fasa 4 mengikut tarikh seperti berikut :

  • Fasa 1 : Februari 2026 – Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina.
  • Fasa 2 : Mac / April 2026 – Sebelum / Selepas Perayaan Aidilfitri.
  • Fasa 3 : Ogos 2026 – Sebelum Sambutan Hari Kebangsaan.
  • Fasa 4 : November 2026 – Sebelum Perayaan Deepavali.

*Nota : Tarikh di atas masih belum disahkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut ketetapan daripada kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR

Jika anda telah memohon Bantuan Tunai STR, anda boleh check status kelayakan sama ada telah disahkan layak atau belum sebagai penerima untuk tahun 2026. Ikuti cara check status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566

Leave a Comment