JUMLAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN YANG DITERIMA JIKA LAYAK FASA 1

JUMLAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN YANG DITERIMA JIKA LAYAK FASA 1

Jika Bantuan STR / Sumbagan Tunai Rahmah dibayar dengan jumlah yang sama bagi setiap kategori penerima pastinya tidak adil kerana setiap penerima pastinya mempunyai bilangan tanggungan yang berbeza. Oleh itu, Kerajaan akan menyalurkan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan penerima.

Bagaimanakah cara semak jumlah Bantuan STR dibayar 2026? Sila semak info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILAKAH TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : SEMAK SEKARANG TARIKH LUPUT ANDA

JUMLAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2026 akan dibayar dengan jumlah yang sepadan dengan kelayakan penerima yang berpendapatan rendah / sederhana (B40 / M40) serta gantung bilangan tanggungan / anak.

Berikut merupakan jumlah Bantuan STR sekali dengan Bantuan SARA :

  • Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :
BILANGAN
TANGGUNGAN
JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA STR
DAFTAR EKASIH)
JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA STR
BUKAN EKASIH)
TiadaRM700 + RM2,400
= RM3,100
RM700 + RM1,200
= RM1,900
1 – 2 orangRM1,200 + RM2,400
= RM3,600
RM1,200 + RM1,200
= RM2,400
3 – 4 orangRM1,700 + RM2,400
= RM4,100
RM1,700 + RM1,200
= RM2,900
5 orang ke atasRM2,200 + RM2,400
= RM4,600
RM2,200 + RM1,200
= RM3,400
  • Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN
TANGGUNGAN
JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA STR
BUKAN EKASIH)
TiadaRM200 + RM1,200
= RM1,400
1 – 2 orangRM450 + RM1,200
= RM1,650
3 – 4 orangRM700 + RM1,200
= RM1,900
5 orang ke atasRM950 + RM1,200
= RM2,150
  • Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan B40 dan M40) :
BILANGAN
TANGGUNGAN
JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA STR
DAFTAR EKASIH)
JUMLAH BAYARAN
(PENERIMA STR
BUKAN EKASIH)
TiadaRM600 + RM1,800
= RM2,400
RM600 + RM600
= RM1,200
  • Bujang / Balu / Duda / Janda Tiada Anak (Pendapatan B40) :
BILANGAN
TANGGUNGAN
JUMLAH BAYARAN
(PENEIRMA STR
DAFTAR EKASIH)
JUMLAH BAYARA
(PENERIMA STR
BUKAN EKASIH)
TiadaRM1,200RM600

CARA BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah bukan dibayar sekaligus dengan jumlah tersebut, namun Kerajaan akan melaksanakan bayaran secara ansur-ansur berperingkat empat (4) fasa dan melalui cara bayaran tunai.

Berikut merupakan cara bayaran Bantuan STR :

JENIS PENERIMACARA BANTUAN STR DIBAYAR
Penerima Ada Akaun BankDibayar melalui pengkreditan terus
ke dalam akaun bank penerima
menerusi sistem ‘IBG Fund Transfer’
Penerima Tiada Akaun BankDibayar tunai terus di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN)

TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Pembayaran Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah lazimnya dilaksanakan sebelum pada perayaan-perayaan besar di Malaysia bagi membantu rakyat meringankan bebanan rakyat dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

Berikut adalah jangkaan tarikh bayaran Bantuan STR :

FASA BAYARANJANGKAAN
Fasa 1 :
Februari 2026
Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina /
Sebelum Bulan Ramadan
Fasa 2 :
Mac / April 2026
Sebelum / Selepas Perayaan Hari Raya
Aidilfitri
Fasa 3 :
Ogos 2026
Sebelum Sambutan Hari Kebangsaan
Fasa 4 :
November 2026
Sebelum Hari Perayaan Deepavali

SEMAK JUMLAH BANTUAN STR 2026

Untuk ketahui jumlah Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah yang lebih tepat akan anda terima, sila semak melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan klik pada pautan / link berikut.

PORTAL RASMIPAUTAN / LINK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ikuti panduan cara semak yang lengkap di bawah :

  1. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  2. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  3. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  4. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  5. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  7. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan Bantuan STR dan jumlah bayaran akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment