JUMLAH BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR : CHECK AMAUN BAYARAN YANG AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LULUS FASA 1

JUMLAH BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR : CHECK AMAUN BAYARAN YANG AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LULUS FASA 1

Ramai rakyat Malaysia kini mula membuat semakan jumlah bantuan STR 2026 bagi mengetahui amaun bayaran yang akan diterima oleh pemohon yang lulus Fasa 1. Bantuan tunai ini sangat dinantikan kerana ia membantu meringankan beban kos sara hidup, terutamanya dalam kalangan golongan B40 dan M40.

Bagaimanakah cara semak jumlah Bantuan STR yang akan dibayar Fasa 1? Rujuk panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH 2026 SEMAK : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN DI DALAM IC SETIAP BULAN (RM100 & RM200 & RM50)

JUMLAH BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR

Bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar berdasarkan kategori & kelayakan penerima berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah B40 :
      • RM700 – Tiada anak.
      • RM1,200 – 1 hingga 2 anak.
      • RM1,700 – 3 hingga 4 anak.
      • RM2,200 – 5 anak / lebih.
    • Isi Rumah M40 :
      • RM200 – Tiada anak.
      • RM450 – 1 hingga 2 anak.
      • RM700 – 3 hingga 4 anak.
      • RM950 – 5 anak / lebih.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang Umur 21 – 59 tahun :
      • Tiada & Diganti Bantuan SARA.
    • Bujang Umur 60 tahun ke atas :
      • RM600.

BILA BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR

Bantuan STR akan dibayar dari Fasa 1, 2, 3 dan Fasa 4 mengikut tarikh berikut :

  • Fasa 1 – Januari – Februari 2026 (mungkin sebelum Tahun Baru Cina).
  • Fasa 2 – Mac – April 2026 (mungkin sebelum / selepas Raya Aidilfitri).
  • Fasa 3 – Ogos 2026 (mungkin sebelum Sambutan Hari Kebangsaan).
  • Fasa 4 – November 2026 (mungkin sebelum Hari Deepavali).

*Tarikh bayaran Bantuan STR setiap Fasa di atas hanyalah anggaran sahaja dan akan dikemaskini semula berdasarkan pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

CARA BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR

Berikut merupakan dua (2) cara Bantuan STR dibayar kepada penerima yang layak :

  • Dibayar tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atas nama sendiri / tidak melengkapkan maklumat akaun bank dalam permohonan STR dan setiap penerima perlu mengambil duit Bantuan STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di mana-mana pusat pemberian yang ditetapkan.

atau

  • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan yang melengkapkan maklumat akaun bank. Oleh itu, setiap penerima perlu menunggu duit Bantuan STR dikreditkan secara berperingkat dalam akaun bank masing-masing.

CHECK KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN STR 2026

Kelayakan pemohon Bantuan STR boleh di check secara online melalui Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan pemohon Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR

Artikel ini kami tulis berdasarkan maklumat daripada Portal Rasmi STR. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan STR 2026, anda boleh peroleh daripada Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau melalui :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment