JADUAL TARIKH BAYARAN STR 2026 : CHECK BILAKAH BAYARAN FASA 1 & STATUS KELAYAKAN PEMOHON

JADUAL TARIKH BAYARAN STR 2026 : CHECK BILAKAH BAYARAN FASA 1 & STATUS KELAYAKAN PEMOHON

Kadar kewangan setiap individu adalah berbeza, bagi membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 untuk meningkatkan kestabilan kewangan dari semasa ke semasa, Kerajaan menjadualkan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) secara berperingkat.

Bilakah jadual tarikh bayaran STR & bagaimana cara check status kelayakan pemohon? Rujuk penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : BORANG REGISTER MYKASIH 2026 (RM600 & RM1200 & RM2400 BANTUAN SARA)

JADUAL TARIKH BAYARAN STR 2026

Bayaran Bantuan STR Fasa satu (1) hingga Fasa empat (4) dijangka akan dibayar sebelum perayaan-perayaan besar seperti yang dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN STR
Fasa Satu (1)Februari 2026
*Dijangka sebelum
Tahun Baru Cina
Fasa Dua (2)Mac / April 2026
*Dijangka sebelum
atau selepas
Hari Raya Aidilfitri
Fasa Tiga (3)Ogos 2026
*Dijangka sebelum
Hari Kebangsaan
Fasa Empat (4)November 2026
*Dijangka sebelum
Perayaan Deepavali

NILAI WANG BAYARAN STR 2026

Nilai wang Bantuan STR akan dibayar berdasarkan kelayakan penerima yang sepadan dengan pendapatan dan bilangan tanggungan seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada tanggungan : RM700.
    • 1 / 2 tanggungan : RM1,200.
    • 3 / 4 tanggungan : RM1,700.
    • Lebih 5 tanggungan : RM2,200.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • Tiada tanggungan : RM200.
    • 1 / 2 tanggungan : RM450.
    • 3 / 4 tanggungan : RM700.
    • Lebih 5 tanggungan : RM950.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 60 tahun & ke atas :
    • Tiada tanggungan : RM600.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 21 – 59 tahun :
    • Tiada bayaran STR, diganti bayaran SARA.

PLATFORM BAYARAN STR 2026

Untuk memudahkan urusan rakyat menerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), kerajaan menyediakan dua (2) platform bayaran yang mudah seperti berikut :

  1. Bayaran secara tunai bersemuka di kaunter Bank :
    • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak mengemaskini maklumat akaun bank dengan lengkap semasa mengisi permohonan STR, perlu mengambil Bantuan STR secara bersemuka di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
  2. Bayaran tanpa bersemuka melalui pengkreditan dalam akaun Bank :
    • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank serta memasukkan maklumat akaun bank dengan lengkap semasa mengisi permohonan STR, perlu menunggu Bantuan STR dimasukkan secara berperingkat dalam akaun bank.

CHECK STATUS KELAYAKAN PEMOHON STR 2026

Kerajaan menyediakan Portal Rasmi MySTR untuk memudahkan pemohon menyemak status kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan STR 2026. Ikuti cara check status kelayakan secara online seperti berikut :

  1. Lawati Portal Rasmi MySTR 2026 dengan klik pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Portal Rasmi MySTR 2026 akan dipaparkan.
  3. Pergi ke butang [Log Masuk].
  4. Bahagian [Log Masuk] akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang – dan tanpa jarak.
  6. Terus klik pada butang [Semak].
  7. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  8. Jika nama pemohon dipaparkan, klik butang [Ya].
  9. Masukkan Kata Laluan yang diciptakan dengan tepat.
  10. Sekali lagi klik pada butang [Log Masuk].
  11. Dashboard (Papan Pemuka) STR akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik butang [Semakan Permohonan].
  13. Status kelayakan pemohon Bantuan STR 2026 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

PERINCIAN LANJUT STR

Perincian maklumat yang kami kongsikan di atas berkaitan Bantuan STR adalah kami rujuk dari Portal Rasmi MySTR. Jika anda memerlukan maklumat yang lebih terperinci berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadirkan diri ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau hubungi talian yang tertera di bawah :

  • Hubungi Talian STR (Bahagian HASiL) – 1800 88 2747
  • Hubungi Talian STR (Bahagian MOF) – 03 8882 4565 / 4566
  • Emelkan ke alamat – [email protected]

Leave a Comment