EWALLET 2025 RM200 BAYARAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pembelian secara tanpa tunai (cashless) telah meluas kerana ianya mudah dan selamat tanpa perlu membawa wang tunai. Oleh itu, Kerajaan menyalurkan Bantuan Sara secara tanpa tunai (cashless) kepada penerima yang layak setiap bulan.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bayaran eWallet RM200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : EWALLET 200 BAYARAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
EWALLET 2025 RM200 BAYARAN
Pembayaran Bantuan Sara yang bernilai RM200 adalah dilakukan secara tanpa tunai (cashless) kepada penerima untuk pembelian barangan keperluan asas yang dikreditkan melalui akaun kad pengenalan (MyKad) penerima dan bukanlah melalui aplikasi e-Wallet.
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM200 2025
Bayaran Bantuan Sara RM200 adalah khas kepada penerima yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JADUAL BAYARAN RM200 2025
Pembayaran Bantuan Sara kepada penerima adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh seperti jadual berikut :
JUMLAH BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
RM100 setiap bulan | 15 Januari 2025 Februari 2025 Mac 2025 |
RM200 setiap bulan | April 2025 Mei 2025 Jun 2025 Julai 2025 Ogos 2025 September 2025 Oktober 2025 November 2025 Disember 2025 |
KEGUNAAN BAYARAN RM200 2025
Bantuan Sara yang dikreditkan sebanyak RM200 adalah khusus untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti berikut dengan hanya menggunakan MyKad :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN EWALLET RM200 2025
Ikuti panduan semak status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Sara RM200 seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA myKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Terima kasih
Saya memerlukan bantuan