EKASIH 2025 SEMAKAN RM100 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Elaun bulanan yang dikreditkan setiap bulan hanya khusus kepada 5.4 juta rakyat dewasa Malaysia yang terpilih ‘layak’ di bawah eKasih dan juga bukan eKasih melibatkan semua kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Bagaimanakah ekasih semakan penerima rm100? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN MY KASIH RM100 : BORANG ONLINE BANTUAN SARA
TARIKH BAYARAN EKASIH 2025 RM100
Pembayaran Bantuan eKasih pada tahun 2025 adalah dijadualkan pada tarikh berikut :
GOLONGAN MISKIN eKASIH DAN MISKIN TEGAR | GOLONGAN ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
EKASIH 2025 SEMAKAN RM100
Untuk mengetahui anda layak atau tidak menerima Bantuan RM100, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
KADAR EKASIH 2025 MENGIKUT KELAYAKAN
Bukan semua individu akan menerima bayaran sebanyak RM100, namun kerajaan akan mengkreditkan mengikut kelayakan seperti berikut :
- Golongan Miskin eKasih & Miskin Tegar :
ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
---|---|---|
RM100 – RM200 sebulan | RM100 – RM150 sebulan | RM50 sebulan |
- Golongan Asas Bukan Miskin :
ISI RUMAH | WARGA EMAS |
---|---|
RM100 sebulan | RM50 sebulan |
KAEDAH PELAKSANAAN EKASIH 2025
Pelaksanaan Bantuan SARA eKasih adalah secara tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan menerusi akaun kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.