E KASIH LOGIN 2025 : CHECK STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Untuk makluman, jumlah bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi Kategori Isi Rumah yang berstatus eKasih telah ditingkatkan berbanding tahun sebelumnya, dengan penyaluran sehingga RM200 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah login dan check status sara e kasih 2025? Ikuti info lanjut disini.
APA ITU SISTEM E KASIH
Sistem eKasih merupakan pangkalan data keluarga miskin di Malaysia dan data yang dikumpulkan melalui pendaftaran eKasih akan digunakan oleh kementerian dan agensi berkaitan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang layak.
Individu yang berdaftar dalam Sistem eKasih akan layak menerima pelbagai bantuan kerajaan, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dengan kadar peruntukan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak berdaftar eKasih.
JENIS BANTUAN E KASIH
Pelbagai bantuan yang layak diterima oleh pendaftar sistem eKasih, antaranya adalah:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E KASIH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
CARA LULUS BANTUAN SARA BAGI KATEGORI E KASIH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan secara automatik kepada penerima yang LULUS Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang BERSTATUS eKasih.
Berikut merupakan langkah-langkah LULUS bantuan SARA bagi Kategori eKasih:
- Berdaftar di Sistem eKasih (Bagi kategori Miskin dan Miskin Tegar).
- Setelah LULUS eKasih, individu perlu mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk menerima bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Apabila berdaftar dan LULUS Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan secara automatik disalurkan ke dalam MyKad penerima.
- Selesai.
PENDAFTARAN E KASIH KATEGORI MISKIN DAN MISKIN TEGAR
Pendaftaran dan Semakan Status Permohonan Sistem eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
LOGIN DAN CHECK STATUS BAYARAN SARA KATEGORI E KASIH SECARA ONLINE
Jika anda merupakan penerima STR & berstatus eKasih, semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
TARIKH PEMBAYARAN SARA 2025 KATEGORI E KASIH
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) | Bulan Januari : 15 Januari 2025 Bulan Februari – Disember: Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
JUMLAH BANTUAN SARA KATEGORI E KASIH
Kadar bantuan yang akan diterima oleh Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Susah nak chek online status permohonan.
macam mana nak daftar online untuk Ekasih