DUIT DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON YANG AKAN TERIMA BANTUAN SETIAP BULAN BERJUMLAH RM200 ATAU RM100
Salah satu usaha kerajaan Madani untuk membantu rakyatnya yang memerlukan bantuan terutama golongan B40 bagi meringankan beban dalam mendepani cabaran kos sara hidup adalah menyediakan bantuan tanpa tunai dalam bentuk barangan asas, bagi memastikan keperluan asas penerima mencukupi.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan duit dalam ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA MYKASIH | KELAYAKAN |
|---|---|
| EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
KADAR KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 Sebulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 Sebulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 Sebulan (Total Setahun : RM600) |
CARA PENGKREDITAN DUIT BANTUAN DALAM IC
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dikreditkan secara tanpa tunai seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Pengkreditan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Pengkreditan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
JADUAL PENGKREDITAN DUIT BANTUAN DALAM IC
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dikreditkan setiap bulan (selama 12 bulan) ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH |
|---|---|
| SARA EKASIH | Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember |
| SARA BUKAN EKASIH | Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember |
TEMPOH SAH DUIT BANTUAN
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan selama 12 bulan, dan kredit bantuan boleh digunakan bila-bila masa sahaja dalam tempoh berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
Sekiranya, kredit bantuan tidak digunakan setelah 31 Disember 2026, kredit bantuan akan luput secara automatik.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
SEMAKAN BAKI DUIT BANTUAN DALAM IC 2026
Baki duit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026