DAFTAR EKASIH 2025 : CARA REGISTER BANTUAN SARA (RM2100 & RM900 & RM600)
Bermacam-macam bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang berdaftar serta berjaya tersenarai di bawah pangkalan data eKasih bagi program-program pembasmian kemiskinan, termasuk Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk sepanjang tahun 2025 ini.
Bagaimanakah cara daftar eKasih untuk penerimaan Bantuan SARA? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM2100 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU EKASIH 2025
eKasih bukanlah bantuan, namun ianya merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mempunyai data rakyat yang miskin dan miskin tegar yang digunakan oleh agensi / kerajaan untuk mengenalpasti rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan bagi pembasmian kemiskinan.
SYARAT DAFTAR EKASIH BANTUAN SARA 2025
Antara syarat kelayakan untuk daftar eKasih adalah :
- Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa; dan
- Butiran maklumat pemohon yang lengkap.
Dan syarat penerimaan Bantuan SARA pula, adalah terbahagi kepada berikut :
- SARA eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan eKasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BANTUAN SARA EKASIH 2025
Bantuan SARA akan disalurkan mengikut kadar yang ditetapkan kepada setiap penerima seperti berikut :
PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH | PENERIMA BANTUAN SARA BUKAN EKASIH |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun | Isi Rumah : RM900 setahun |
Warga Emas : RM1,650 setahun | Warga Emas : RM450 setahun |
Bujang : RM600 setahun | – |
TARIKH PENYALURKAN BANTUAN SARA EKASIH 2025
Penyaluran Bantuan SARA adalah pada tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Penerima eKasih | Setiap bulan : 15 Januari 2025 sehingga Disember 2025 |
Penerima Bukan eKasih | Setiap bulan : April 2025 sehingga Disember 2025 |
CARA MOHON EKASIH BANTUAN SARA 2025
Untuk penerimaan Bantuan SARA, permohonan perlukan dibuat melalui pautan berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sila pilih [Status Perkahwinan].
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA DAFTAR EKASIH 2025
Setelah permohonan berjaya, ikuti panduan cara daftar eKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
SAYA RASA SEDIH KERANA MY CARD SAYA TAK DAPAT BANTUAN KEWANGAN DARIPADA KERAJAAN MADANI