DAFTAR BANTUAN B40 2025 : SEMAK KELAYAKAN & REGISTER ONLINE BANTUAN TUNAI RAKYAT

DAFTAR BANTUAN B40 2025 : SEMAK KELAYAKAN & REGISTER ONLINE BANTUAN TUNAI RAKYAT

Peningkatan kos sara hidup yang dihadapi tentunya membebankan rakyat terutamanya golongan B40. Oleh itu, kerajaan menyediakan peruntukan sehingga RM13 billion untuk disalurkan kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dihadapi.

Bagaimanakah cara daftar bantuan B40? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN SABAH : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM300 SETIAP BULAN)

APA ITU BANTUAN B40 2025

Bantuan Tunai Rakyat B40 adalah merupakan daripada dua (2) bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu mengurangkan bebanan sara hidup rakyat dan meningkatkan kadar kewangan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

KADAR BAYARAN BANTUAN B40 2025

Setiap penerima akan menerima kadar bayaran Bantuan Tunai Rakyat yang berbeza mengikut kategori seperti berikut :

  • Golongan Miskin dan Miskin Tegar :
BIL.KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN B40
(STR)
KADAR BAYARAN
BANTUAN B40
(SARA)
1.Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
RM2,100
2.Warga EmasRM600RM1,650
3.BujangRM600RM600
  • Golongan Asas Bukan Miskin :
BIL.KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN B40
(STR)
KADAR BAYARAN
BANTUAN B40
(SARA)
1.Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
RM900
2.Isi Rumah M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
RM900
3.Warga EmasRM600RM450
4.BujangRM600

CARA BAYARAN BANTUAN B40 2025

Cara-cara bayaran Bantuan Tunai Rakyat kepada golongan B40 adalah seperti berikut :

  • Bayaran Bantuan B40 (STR) :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
    • Diberikan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Bayaran Bantuan B40 (SARA) :
    • Dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas.

JADUAL BAYARAN BANTUAN B40 2025

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (STR dan SARA) kepada golongan B40 adalah mengikut jadual seperti berikut :

BIL.JENIS BANTUAN B40TARIKH BAYARAN
1.Bantuan STRSecara berfasa :
Fasa 1 : 22 – 28 Januari 2025
Fasa2 : belum diumumkan
Fasa 3 : belum diumumkan
Fasa 4 : belum diumumkan
2.Bantuan SARASetiap bulan :
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025
Mei 2025
Jun 2025
Julai 2025
Ogos 2025
September 2025
Oktober 2025
November 2025
Disember 2025

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR BANTUAN B40

  • ISI RUMAH :
    • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
    • Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia;
    • Sekiranya memiliki anak (anak kandung atau anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN) mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah atau berumur 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
  • WARGA EMAS :
    • Berpasangan atau bujang;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • BUJANG :
    • Bujang atau Balu atau Duda / Janda tiada anak;
    • Berumur 21 hingga 59 tahun;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

DAFTAR BANTUAN B40 2025

Golongan B40 boleh mengemukakan permohonan bantuan mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan].
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan STR & SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment