CHECK STR (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BANTUAN 2026) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CHECK STR (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BANTUAN 2026) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah bergantung kepada status permohonan STR berstatus ‘lulus’ dan melepasi semakan verifikasi kelayakan. Oleh itu, status kelayakan perlu disemak di Portal Rasmi STR.

Bagaimanakah check str 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BAYARAN RAYUAN STR (FASA 4 2025 BANTUAN)

INFO TERKINI STR 2026

Berikut merupakan Maklumat Terkini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2026 :

  • Tempoh permohonan baharu STR 2026 adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
  • Permohonan dan Kemas kini STR Fasa 1, 2026 dibuka sehingga 28 November 2025 (Jumaat).
  • Pemohon perlu mengemas kini maklumat permohonan jika tidak kemas kini selama tiga (3) bertahun berturut-turut.
  • Kadar maksimum pembayaran STR 2026 adalah RM2,200 (mengikut kategori penerima).
  • STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
  • SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas.
  • Kadar maksimum pembayaran SARA 2026 adalah RM2,400 (mengikut kategori penerima).
  • SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

CHECK KELAYAKAN STR 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CHECK KADAR BAYARAN STR

Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIMUM BAYARAN
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM 600
Bujang

KADAR TAMBAHAN STR 2026

Kadar tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA STR &
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA STR SAHAJA & BUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400
(RM200 Sebulan)
RM1,200
(RM100 Sebulan)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800
(RM150 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)
BujangRM1,200
(RM100 Sebulan)
RM600
(RM50 Sebulan)

PEMBAYARAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkanAkan dikemaskini dari semasa ke semasa
Tiada Akaun Bank atau
Berstatus ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)Akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Tiada Akaun Bank
(Pedalaman Sabah / Sarawak)
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

CHECK STR

Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment