CHECK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

CHECK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan bersasar yang disalurkan oleh Kerajaan Madani yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan untuk membantu menampung kos sara hidup rakyat yang memerlukan.

Bagaimanakah check status Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Kerajaan telah menetapkan syarat penerima Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut ;

  • SARA e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

MANFAAT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

  • Dikreditkan secara automatik setiap bulan;
  • Pengkreditan adalah secara tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima;
  • Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluana asas dengan kad pengenalan;
  • Baki dalam kad pengenalan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama elaun semasa;
  • Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan adalah mengikut kelayakan setiap kategori seperti berikut :

PENERIMA SARA
BERSTATUS E-KASIH
PENERIMA SARA
BERSTATUS BUKAN E-KASIH
ISI RUMAH : RM2,100 setahunISI RUMAH : RM900 setahun
WARGA EMAS : RM1,650 setahunWARGA EMAS : RM450 setahun
BUJANG : RM600 setahunBUJANG : –

SENARAI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Antara barangan yang boleh dibeli dengan Sumbangan Asas Rahmah adalah mengikut senarai berikut :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

CHECK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Status kelayakan anda menerima Sumbangan Asas Rahmah boleh dicheck melalui pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

TARIKH PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah adalah mengikut tarikh berikut :

PENERIMA SARA
E-KASIH
PENERIMA SARA
BUKAN E-KASIH
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “CHECK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment