CHECK STATUS STR (FASA 2 2026)

CHECK STATUS STR (FASA 2 2026)

Berita Terkini! Sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kebajikan rakyat, seramai lebih 5 juta penerima yang layak bakal menerima manfaat daripada penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2026 yang dijadualkan bermula secara berperingkat tidak lama lagi. Bagi fasa kedua ini, peruntukan dana yang besar telah disediakan bagi memastikan setiap kategori, daripada isi rumah sehingga warga emas tiada pasangan, menerima agihan bantuan yang mencukupi bagi mendepani tekanan kos sara hidup semasa. Oleh itu, bagi memastikan anda tidak terlepas daripada pengkreditan ini, timbul persoalan penting:

Bagaimanakah cara check status STR Fasa 2 2026? Sila ikuti info lanjut serta tutorial lengkap yang kami sediakan di bawah.

Baca juga: STR 2026 SEMAKAN : FASA 2 KELAYAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Bagi individu yang berhasrat untuk mengemukakan permohonan, anda diwajibkan untuk menepati syarat kelayakan STR 2026 sebagaimana kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti berikut:

  • Isi Rumah (STR & SARA)
ISI RUMAHSYARAT KELAYAKAN
Pemohon– Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia;
– Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).
Anak– Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
– Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
> 18 tahun dan ke bawah; atau
> 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS).
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Warga Emas Tiada Pasangan– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang (SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Bujang– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

CHECK STATUS STR 2026

Cara check status STR 2026 secara online sama ada ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ adalah seperti panduan berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

TARIKH RASMI PEMBAYARAN STR FASA 2 2026

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula daripada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Tarikh berkenaan akan dikemaskini dengan segera selepas kenyataan sah diedarkan.

CHECK KADAR BAYARAN STR FASA 2 2026

Selain check status STR, semak juga kadar bayaran bantuan tersebut. Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Fasa 2 adalah seperti yang berikut:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
BIL. TANGGUNGANFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
Tiada anakRM200Akan Diisytiharkan
1 hingga 2 anakRM300
3 hingga 4 anakRM400
5 anak dan ke atasRM500
  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
BIL. TANGGUNGANFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
Tiada anakRM100Akan Diisytiharkan
1 hingga 2 anakRM100
3 hingga 4 anakRM150
5 anak dan ke atasRM200
  • Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 dan Ke Bawah
FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
RM150Akan Diisytiharkan
  • Bujang Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
    • Bermula tahun 2026, struktur bantuan bagi kategori individu bujang telah ditambah baik melalui inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Di bawah transformasi ini, bantuan tunai STR digantikan dengan penyaluran kredit bulanan berjumlah RM50 yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih.

*Nota Penting: Setakat ini, Kerajaan MADANI belum menerbitkan pengisytiharan rasmi berhubung perincian kadar tersebut. Kami komited untuk mengemas kini maklumat ini dengan kadar segera sejurus selepas kenyataan berautoriti dikeluarkan bagi memastikan anda menerima rujukan yang sahih dan pantas.

CHECK KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 2 2026

Pembayaran STR 2026 akan disalurkan seperti kaedah berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

CHECK JUMLAH BANTUAN STR 2026

Pihak kerajaan telah menetapkan jumlah keseluruhan bantuan STR bagi sepanjang tempoh 2026 seperti yang berikut:

  • Kategori Isi Rumah:
Kategori PenerimaJumlah Bantuan STR 2026
(Setahun)

Isi Rumah
Berpendapatan Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah
Tiada Anak : RM 700
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 4 Anak : RM 1,700
5 Anak dan Ke atas: RM 2,200
Isi Rumah
Berpendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM 450
3 hingga 4 Anak : RM 700
5 Anak dan Ke atas: RM 950
  • Warga Emas Tiada Pasangan:
Kategori PenerimaJumlah Bantuan STR 2026
(Setahun)
Warga Emas Tiada pasanganRM600
  • Kategori Bujang:
Jumlah Bantuan STR 2026
Pembayaran melalui kaedah SARA

CHECK JADUAL BAYARAN STR 2026

Bayaran STR 2026 akan disalurkan secara berperingkat melalui 4 fasa seperti yang berikut:

PERINGKATJADUAL BAYARAN
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 2Tarikh rasmi akan dikemaskini
Fasa 3
Fasa 4

*Nota: Pihak kami akan memasukkan segera jadual bayaran sejurus kenyataan rasmi kerajaan diedarkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747.
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566.
  • E-Mel : [email protected].
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment