CHECK STATUS MYKASIH NET : SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025
Seramai 22 Juta rakyat Malaysia yang disahkan layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh mula menebus barangan keperluan di kedai-kedai runcit berdaftar.
Bagaimanakah check status mykasih net? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SYUKUR SABAH FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JENIS BANTUAN
Antara bantuan yang dilaksanakan di bawah Program MyKasih seperti berikut:
JENIS BANTUAN | PENERANGAN |
---|---|
SARA BULANAN | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibayaran setiap bulan |
SARA ONE-OFF | Bayaran khas sempena sambutan Hari Kebangsaan |
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
---|---|
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | BUKAN Penerima eKasih |
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan |
Catatan: Tambahan SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
JUMLAH BAYARAN
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | TAMBAHAN ONE-OFF |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Bujang | RM50 (Januari – Disember) | RM100 ONE-OFF |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | TAMBAHAN ONE-OFF |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 (April – Disember) | RM100 ONE-OFF |
CHECK TARIKH BAYARAN MYKASIH NET
ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA BULANAN | TARIKH BAYARAN SARA ONE-OFF |
---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Bermula Januari sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
Lulus STR Bukan eKasih | Bermula April sehingga Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.
KAEDAH BAYARAN
Penerima akan menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas melalui pengkreditan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad masing-masing Barangan keperluan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan boleh diperoleh di premis runcit berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad tersebut.
CHECK STATUS MYKASIH NET
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA
SOALAN LAZIM (FAQ) CHECK STATUS MYKASIH NET
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:
- Adakah Semua kedai terima MyKasih?
- Tidak, hanya kedai berdaftar sahaja (contoh: Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, 99 Speedmart).
- Apakah yang terjadi jika baki tidak habis digunakan?
- Baki akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat program (31 Disember 2025).
- Adakah boleh keluarkan bantuan MyKasih dalam bentuk tunai?
- Tidak boleh. Ia hanya sah digunakan untuk pembelian barangan asas.
- Jika tiada akaun bank, adakah saya masih boleh menerima bantuan?
- Ya, kerana MyKasih disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
- Bagaimanakah cara semak baki bantuan dalam MyKad?
- Baki bantuan boleh disemak melalui Portal Rasmi SARA dan Aplikasi MyKasih atau boleh disemak melalui resit pembelian.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]