CHECK STATUS BANTUAN SARA (2024 ONE OFF RM300/RM150)
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 adalah bantuan tambahan kepada bantuan STR. Bantuan akan diberikan secara sekaligus bayaran iaitu sebanyak RM300 & RM150 kepada KESEMUA penerima bantuan STR 2024, termasuklah mereka yang BUKAN dari golongan miskin atau miskin tegar, mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Memandangkan bantuan ini merupakan bantuan tambahan kepada STR, penyaluran bayaran juga adalah sama seperti STR iaitu secara TUNAI, dan semakan bantuan juga akan dipaparkan melalui Portal Rasmi STR.
Bagaimanakah semakan sumbangan asas rahmah one off RM300/RM150 2024? Ikuti maklumat lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF (2024 ONLINE RM300/RM150)
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Bantuan SARA One-Off 2024 adalah bantuan kewangan tunai sekali sahaja (one-off) yang diberikan oleh kerajaan Madani pada tahun 2024.
Bantuan ini dituju khusus kepada kesemua penerima Bantuan STR 2024, termasuklah mereka yang BUKAN dari golongan Miskin/Miskin eKasih, dan kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024.
Berbeza dengan SARA dibawah program MyKasih, dimana bantuan akan diberikan secara bulanan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas, di kedai runcit yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
TARIKH MASUK BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR.
Kaedah Penyaluran bantuan sara one off ini adalah sama seperti bantuan STR, dimana pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. Manakala, bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
CHECK JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tanpa pasangan & Bujang | RM 150 |
CHECK STATUS BANTUAN SARA
Panduan lengkap semakan status SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus. Semakan boleh dilakukan di portal rasmi MySTR.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Replysemak
Nasrizal bin Abdullah