CHECK SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN DALAM IC (RM50 & RM100 & RM200)
Rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 yang direkodkan seramai 8.1 juta layak untuk menerima bayaran Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah dengan jumlah RM50, RM100, RM150 dan sehingga RM200.
Bagaimanakah cara check kelayakan SARA 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
CHECK KELAYAKAN SARA 2026
Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran sepanjang tahun 2026. Ikuti cara check kelayakan seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MyKasih pada pautan ini : https://mykasih.com.my/.
- Terus klik pada butang [Visit SARA Official Website].
- Anda akan dibawa ke laman web SARA yang rasmi.
- Untuk ketahui status kelayakan, klik butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa jarak dan tanpa sengkang (contoh : 850230102345).
- Klik pada kotak [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima SARA yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Jumlah agihan Bantuan SARA adalah bermula RM50 hingga RM200 bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :
| JUMLAH BAYARAN UNTUK PENERIMA MISKIN TEGAR | JUMLAH BAYARAN UNTUK PENERIMA BUKAN MISKIN |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 setiap bulan (RM2,400 setahun) | Isi Rumah : RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) |
| Warga Emas : RM150 setiap bulan (RM1,800 setahun) | Warga Emas : RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
| Bujang : RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun) | Bujang : RM50 setiap bulan (RM600 setahun) |
CARA AGIHAN SARA 2026
Bantuan SARA akan diagihkan kepada setiap penerima secara ansur-ansur setiap bulan melalui satu (1) cara sahaja iaitu pengkreditan tanpa tunai (cashless) menerusi :
| JENIS BAYARAN | CARA AGIHAN |
|---|---|
| Bayaran Setiap Bulan | Dikreditkan menerusi Kad Pengenalan (IC) penerima dan tidak boleh dikeluarkan secara tunai hanya boleh digunakan untuk pembelian tanpa tunai sahaja |
| Bayaran One-Off | Dikreditkan menerusi Kad Pengenalan (IC) penerima dan tidak boleh dikeluarkan secara tunai hanya boleh digunakan untuk pembelian tanpa tunai sahaja |
TARIKH AGIHAN SARA 2026
Berikut merupakan tarikh-tarikh Bantuan SARA akan diagihkan untuk sepanjang tahun 2026 kepada setiap penerima yang layak :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH AGIHAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah dan Warga Emas | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
| Bujang | 16/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
INFO LANJUT SARA
Artikel ini kami tulis berdasarkan sumber yang sahih daripada Portal Rasmi SARA MyKasih dan dikongsikan untuk membantu pembaca mendapatkan info Bantuan SARA yang terkini. Untuk info yang lebih lanjut, boleh dapatkan melalui :
- Talian Rasmi SARA : 03 7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.