CHECK BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)

CHECK BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)

Bantuan dari segi kewangan merupakan salah satu inisiatif utama yang diperkenalkan Kerajaan bagi meringankan beban rakyat khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Bagaimanakah cara check penerima bantuan dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: STR 2025 BILA MASUK (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD

Bantuan dalam MyKad adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawah Program MyKasih, dimana wang bantuan disalurkan kedalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih, dan penerima akan menggunakan MyKad untuk pembayaran bagi pembelian barangan tersebut.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

PANDUAN LENGKAP CHECK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status penerima akan dipapar (lulus atau tidak).
  8. Selesai.

Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan penerima yang lulus akan dipapar.
  8. Selesai.

TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PENYALURAN BANTUAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihSelama 12 Bulan
(Bermula Januari 2025)
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Selama 9 Bulan
(Bermula April 2025)

CHECK KADAR BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025

Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih):
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR (Bukan Miskin/Miskin Tegar eKasih):
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM50 sebulan)
BujangTiada
( – )

KEGUNAAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel MyKasih sepertivBeras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

PANDUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf

Leave a Comment