CHECK BANTUAN DALAM MYKAD : CEK SENARAI NAMA PENERIMA

CHECK BANTUAN DALAM MYKAD : CEK SENARAI NAMA PENERIMA

Bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa dan memudahkan rakyat menerima bantuan, Kerajaan menyediakan bantuan yang disalurkan dalam MyKad untuk sepanjang tahun ini.

Bagaimanakah cara check penerima bantuan dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : CARA CHECK STATUS MYKASIH 2026 : SEMAKAN SARA BULANAN

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD?

Bantuan dalam MyKad adalah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawah Program MyKasih yang disalurkan kedalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih, dan penerima akan menggunakan MyKad untuk pembayaran bagi pembelian barangan tersebut tanpa perlu buat pengeluaran tunai.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
    • Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
  • Kadar Pendapatan :
    • RM2,501 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
    • Pendapatan bawah garis kemiskinan dan Berstatus miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

PANDUAN LENGKAP CHECK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Untuk yang ingin mengetahui kelayakan sebagai penerima bantuan dalam MyKad, sila ikuti panduan lengkap di bawah :

  1. Klik pautan rasmi Portal MyKasih di bawah :
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Kelayakan].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad*].
  5. Kemudian, sahkan anda bukan robot dengan klik [/] ‘verify you are human’.
  6. Klik butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipapar (lulus atau tidak).
  8. Selesai.

TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN DALAM MYKAD

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PENYALURAN BANTUAN
Penerima Miskin & Miskin Tegar eKasihSelama 12 Bulan
(Bermula
Januari hingga Disember)
Penerima Asas Bukan MiskinSelama 12 Bulan
(Bermula
Januari hingga Disember)

CHECK KADAR BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025

Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima adalah sebanyak berikut:

  • Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 2400
(RM 200 sebulan)
Warga emas
tiada pasangan
RM 1800
(RM 150 sebulan)
BujangRM 1200
(RM 100 sebulan)
  • Kategori Penerima Bukan Miskin/Miskin Tegar eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM 100 sebulan)
Warga emas
tiada pasangan
RM 600
(RM 50 sebulan)
BujangRM 600
(RM 50 sebulan)

KEGUNAAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 15 kategori produk yang diluluskan (yang mempunyai label MyKasih) antaranya ialah :

  • Beras.
  • Makanan sejuk beku.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk penjagaan diri.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.
  • Produk kebersihan rumah.

PANDUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 15 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment