BANTUAN SARA DIRI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN SARA DIRI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dan menghadapi peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar, Kerajaan menyediakan Bantuan Sara Diri khusus untuk golongan yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Sara Diri? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN BAYARAN : CEK STATUS PENERIMA BANTUAN 2026

APA ITU BANTUAN SARA DIRI?

Bantuan Sara Diri adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup individu dan keluarga untuk memenuhi keperluan asas harian.

JUMLAH AGIHAN BANTUAN SARA DIRI

Namun perlu diketahui bahawa jumlah Bantuan Sara Diri yang diagihkan adalah berbeza bagi setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH AGIHAN
(B40)
JUMLAH AGIHAN
(M40)
ISI RUMAH
(Berkahwin / Balu / Bercerai
ada anak)
RM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
WARGA EMAS
(Bujang / Balu / Bercerai
tiada anak)
RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BUJANG
(Bujang / Balu / Bercerai
tiada anak)
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

CARA AGIHAN BANTUAN SARA DIRI

Untuk memudahkan setiap penerima menerima Bantuan Sara Diri, Kerajaan mengagihkan melalui satu (1) cara seperti berikut :

  1. Setelah permohonan diluluskan, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan Diri penerima.
  2. Bantuan akan dikreditkan secara automatik ke dalam Kad Pengenalan Diri penerima.
  3. Penerima boleh menggunakan untuk beli barang keperluan asas terpilih.
  4. Pasar raya dan kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran di dalam premis masing-masing.

*Nota : Penerima tidak boleh buat pengeluaran tunai atau beli barang bukan keperluan asas yang terpilih.

TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA DIRI

Kerajaan mengagihkan Bantuan Sara Diri kepada semua penerima yang layak mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :

BULANTARIKH AGIHAN
Januari09 dan 16/01/2026
Februari01/02/2026
Mac01/03/2026
April01/04/2026
Mei01/05/2026
Jun01/06/2026
Julai01/07/2026
Ogos01/08/2026
September01/09/2026
Oktober01/10/2026
November01/11/2026
Disember01/12/2026

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA DIRI

Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Sara Diri adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Berkahwin / balu / bercerai (ada / tiada anak);
  • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) / sehingga RM5,000 (M40).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA DIRI 2026

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara Diri, ikuti panduan semakan status yang lengkap seperti di bawah :

  1. Layari puatan rasmi laman web SARA di sini : https://sara.gov.my/.
  2. Laman web SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa sengkang ‘-‘ dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 880330112345.
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima Bantuan Sara akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://sara.gov.my/.

Leave a Comment