CHECK BAKI SARA 2025 ONLINE : BELI GUNA MYKASIH ANDA SEBELUM TARIKH AKHIR
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 akan berakhir dalam tempoh beberapa hari lagi. Baki bantuan dalam MyKad yang tidak digunakan sebelum tarikh akhir, tidak lagi akan di bawa ke bulan hadapan dan akan luput secara automatik.
Bagaimanakah cara check baki sara 2025 online? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
CHECK JADUAL PROGRAM SARA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH BERMULA PROGRAM | TARIKH LUPUT |
|---|---|---|
| SARA EKASIH | 15 Januari 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA BUKAN EKASIH | 1 April 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
Baki atau kredit SARA 2025 yang belum digunakan sebelum 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.
AMAUN BAYARAN SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
- SARA EKASIH (STR EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | RM2,100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | RM1,650 |
| Bujang | RM50 (Januari – Disember) | RM600 |
- SARA STR (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (April – Disember) | RM900 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 (April – Disember) | RM450 |
Kredit SARA mestilah digunakan sebelum tempoh program tamat pada 31 Disember 2025.
CHECK BAKI SARA 2025 ONLINE
Baki kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online dengan kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi SARA; dan
- Aplikasi MyKasih
Cara semakan baki kredit SARA di Portal Rasmi SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan baki kredit SARA di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CHECK CARA GUNA BAKI SARA 2025
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]