CEK TAWARAN HAJI (2024/2025) : SEMAK NAMA LAYAK ATAU TIDAK

CEK TAWARAN HAJI (2024/2025) : SEMAK NAMA LAYAK ATAU TIDAK

Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim haji 1446H/2025M khas kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali dapat menunaikan ibadat haji yang akan melibatkan Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM261 juta menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada lebih RM2.8 billion dalam masa 25 tahun.

Jumlah Bantuan Kewangan Haji yang besar ini telah memberikan kesan langsung terhadap kemampanan kewangan Tabung Haji dan pulangan kepada pendeposit. Sekaligus Tabung Haji dapat mengawal kos haji meskipun dalam harga minyak yang meningkat.

Bagaimanakah cek tawaran haji untuk mengetahui nama layak atau tidak? Ikuti info lebih terperinci di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN SARA MYKASIH : SEMAK PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU HAJI

Haji adalah merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang ke-lima (5). Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya. Hukum menenunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.

APA ITU TAWARAN HAJI

Kuota untuk memenunaikan haji adalah terhad dan setiap individu yang telah mendaftarkan haji perlu menunggu giliran tawaran haji. Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan bahawa surat tawaran haji bagi musim 1446H/2025M telah mula diagihkan kepada individu yang telah mendapat giliran untuk menunaikan ibadat haji dengan kos yang telah ditetapkan kepada golongan B40, M40 dan T20.

SYARAT HAJI

Terdapat banyak fahaman syarat haji daripada pelbagai Mazhab dan berikut merupakan syarat haji menurut Mazhab Hanafi :

  • Islam : Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Berakal : Orang gila tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Baligh : Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan Haji. Haji kanak-kanak dikira sah jika dia mengerjakannya setelah mumayyiz. Walau bagaimanapun dia perlu mengerjakannya lagi selepas baligh kerana dia masih tidak terlepas dari kefardhuan Haji.
  • Merdeka : Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  • Sihat tubuh badan.
  • Mempunyai bekalan yang cukup untuk menyara nafkah orang yang berada di bawah tanggungannya dan berkemampuan membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji hingga selesai dan pulang ke tanah air.
  • Aman perjalanan.
  • Manakala bagi perempuan pula ditambah:
    • Bersama suami atau mahram.
    • Tidak berada dalam idah cerai atau mati.

KOS TAWARAN HAJI 2025

Setiap Jemaah haji perlu membayar kos haji yang berbeza mengikut kelayakan (B40, M40 dan T20) seperti berikut :

  1. Bakal Jemaah Haji B40 :
    • B40 : Kumpulan berpendapatan rendah akan mendapat Bantuan Kewangan Haji TH iaitu sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang, manjadikan keseluruhannya sebanyak RM18,300 lebih separuh (55%) daripada keseluruhan Kos Haji yang mana bakal jemaah perlu membayar hanya RM15,000 sahaja seorang.
  2. Bakal Jemaah Haji M40 :
    • M40 : Kumpulan berpendapatan sederhana pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji TH berjumlah RM9,800 seorang atau dua peratus (2%) daripada keseluruhan Kos Haji (tiada bantuan kerajaan seperti jemaah B40), yang mana bakal jemaah M40 hanya perlu membayar sebanyak RM23,500 sahaja seorang.
  3. Bakal Jemaah Haji T20 :
    • T20 : Kumpulan berpendapatan tertinggi sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan pula perlu menjelaskan bayaran penuh kos hari iaitu RM33,300 seorang yang selari dengan prinsip penyasaran bantuan yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH).

KOS HAJI RAYUAN 2025

Bagi bakal haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, khususnya yang terpilih melalui proses rayuan perlu membayar penuh Kos Haji selari dengan syarat istito’ah yang mana akan dikenakan bayaran penuh iaitu RM33,300 seorang.

Namun, terdapat tiga (3) pengecualian akan diberikan untuk kes rayuan bayaran penuh seperti :

  • Mahram;
  • Pengiring Jemaah :
    • Lanjut usia;
    • Pengiring kelainan upaya (OKU).
  • Giliran sebelum Tahun Semasa.

CEK TAWARAN HAJI

Pihak Lembaga Tabung Haji telah mula mengeluarkan ‘Surat Tawaran Haji’ secara berperingkat bermula 16 Disember 2024 kepada 31,600 bakal jemaah haji pada musim 1446H/2025M dan setiap bakal jemaah perlu mengcukupkan bayaran haji serta lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab Tawaran Haji yang diberikan nanti.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Haji, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/berita/isn-12162024-1200/th-teruskan-bantuan-bersasar-bagi-musim-haji-1446h2025m.

Leave a Comment